Cinta Hari-Hari Kurungan (Hari Kedua Puluh Satu)
Saya menonton filem pendek Chris Marker tentang seekor kucing mendengar muzik sambil meniarap tidur di atas keyboard, dan saya mula menanyakan pelbagai soalan kepada diri saya (dan mungkin juga kepada kucing itu).
Bolehkah seekor kucing bermimpi?
Bolehkah seekor kucing melihat dirinya di dalam mimpi?
Bolehkah seekor kucing mendengar muzik?
Adakah dia melihat melihat saya ketika saya melihatnya?
Adakah dia mendengar suara hati saya atau dia mendengar suara hatinya?
Adakah dia manusia yang terjaga sebagai seekor kucing?
Adakah dia terjaga ke dalam mimpi dan dia tidur untuk bangun kembali?
Siapakah kucing di dalam foto itu?
Siapakah lelaki di dalam foto itu?
Siapakah yang membuat hatinya terluka?
Siapakah yang paling dia rindui?
Bolehkah seekor kucing mendengar kesepian sebuah kamar?
Bolehkah seekor kucing menghidu bau dari masa lalu?
Bolehkah seekor kucing mengira denting-denting waktu?
Siapakah kucing yang sedang tidur di dalam telefon pintar Apple ini?
Comments