Cinta Hari-Hari Kurungan (Hari Keempat Belas)


Adapun seorang maharaja bernama Ch'ienlung pada suatu hari memanjat sebuah bukit menghadap laut semasa lawatan baginda ke Selatan China. Baginda melihat ratusan kapal terumbang-ambing di atas air. Maka baginda bertanya kepada menterinya, "Apakah gerangan mereka yang berada di atas kapal-kapal itu?" Maka menteri baginda membalas, "Ampun tuanku, sesungguhnya kapal yang patik lihat hanya dua iaitu "Masyhur" dan "Kaya." 

Golongan kaya melihat dunia ini dikelilingi oleh kemewahan, sementara golongan lain melihat dunia ini sebagai permainan milik orang kaya dan masyhur. Tetapi bukan semua perkara di dunia ini terbahagi kepada kaya dan miskin; mewah dan susah. Kebahagiaan boleh datang dalam pelbagai bentuk, sama ada fizikal atau rohani, dan ia tidak semestinya melibatkan harta dan wang. 

Tidur dan rebah di atas katil pada musim dingin menjadi kebahagiaan kepada penyair haiku Masaoka Shiki. 

* * *

HAIKU, Masaoka Shiki     

snow's falling!
I see it through a hole
in the shutter... 

[...]

the tree cut
dawns break early 
at my little window

[...]

spring rain 
browsing under my umbrella
at the picture-book store

[...]

Coming out to close the gate I end up listening to frogs 

[...]

it seems as cold,
my mother has a sleep
in the futon

* * *

Bagi penyair Poland, Czeslaw Milosz, kebahagiaan ialah suatu anugerah hidup. 

* * *

A GIFT, Milosz

A day so happy.
Fog lifted early, I worked in the garden.
Hummingbirds were stopping over honeysuckle flowers. 
There was no thing on earth I wanted to possess. 
I know no one worth my envying him. 
Whatever evil I had suffered, I forgot.
To think that once I was the same man did not embarrass me.
In my body I felt no pain.
When straightening up, I saw the blue sea and sails.  

* * *

Tengok orang memandu bas pun boleh memberikan kebahagiaan. Itu yang berlaku kepada pengarang Jerman, Gunter Grass, yang lebih terkenal sebagai novelis.

* * *

HAPPINESS, Gunter Grass

An empty bus
hurtles through the starry night.
Perhaps the driver is singing
and is happy because he sings.  

* * *

Tapi sajak tentang kebahagiaan yang paling saya suka masih sajak Charles Simic berjudul "The Melon." Ia adalah kebahagiaan paling abadi iaitu kebahagiaan yang dikongsi bersama ahli keluarga. 

* * *

THE MELON, Charles Simic 

There was a melon fresh from the garden 
So ripe the knife slurped
As it cut it into six slices.
The children were going back to school. 
Their mother, passing out paper plates,
Would not live to see the leaves fall.

I remember a hornet, too, that flew in
Through the open window
Mad to taste the sweet fruit
While we ducked and screamed,
Covered our head and faces, 
And sat laughing after it was gone.



Comments

Popular Posts