Cinta Hari-Hari Kurungan (Hari Kelima)

senarai nota pada dinding bilik pengarang Will Self

Senarai barangan runcit, senarai lagu Spotify, senarai filem terbaik Netflix, senarai buku untuk dibaca, senarai ahli keluarga dan rakan-rakan untuk dihubungi. Hidup kita dikelilingi oleh senarai, lebih-lebih lagi dalam suasana kecemasan seperti sekarang. 

Dalam diri kita pernah terkandung seribu satu jenis senarai yang kita tidak sedar: senarai kekasih lama, senarai guru sekolah, senarai susu kegemaran, senarai soda kegemaran, senarai filem kegemaran, senarai rumah jiran di kampung, senarai posisi tidur yang disukai, senarai kartun yang ditonton dari kecik sehingga besar, senarai orang yang dibenci, senarai kawan lama yang dibalas dendam, dan sebagainya. 

Bagaimana pula dengan perkataan? Itu juga suatu senarai yang membentuk keperibadia seseorang. Bagi penulis, senarai perkataan adalah ibarat senarai paku dan tukul di dalam bengkel. Tetapi penulis pun tidak menghafal semua perkataan. Ada sejumlah perkataan sahaja yang akan sering diulang guna sehingga ia menjadi identiti gaya penulisannya. 

Saya akan kongsikan beberapa senarai yang pernah dibuat oleh tokoh terkenal. Pertama ialah senarai ahli falsafah Perancis, Roland Barthes, yang dibuatnya pada tahun 1977 dalam buku berjudul Rolande Barthes.

* * * 

J' AIME, JE N'AIME PAS - I LIKE, I DON'T LIKE 

I like: salad, cinnamon, cheese, pimento, marzipan, the smell of new-cut hay (why doesn't someone with a "nose" make such a perfume), roses peonies, lavender, champagne, loosely held political convictions, Glenn Gould, too-cold beer, flat pillows, toast, Havana cigars, Handel, slow walks, pears, white peaches, cherries, colors, watches, all kinds of writing pens, deserts, unrefined salt, realistic novels, the piano, coffee, Pollock, Twombly, all romantic music, Sartre, Brecht, Verne, Fourier, Einstein, trains, Medoc wine, having change, Bouvard and Pecuchet, walking in sandals on the lanes of southwest France, the bend of the Adour seen from Doctor L. 's house, the Marx brothers, the mountains at seven in the morning leaving Salamanca, etc. 

I don't like: white Pomeranians, women in slacks, geraniums, strawberries, the harpsichord, Miro, tautologies, animated cartoons, Arthur Rubinstein, villas, the afternoon, Satie, Bartok, Vivaldi, telephoning, children's house, Chopin's concertos, Burgundian branles and Renaissance dances, the organ, Marc-Antoine Charpanetier, his trumpets and kettledrums, the politico-sexual, scenes, initiatives, fidelity, spontaneity, evenings with people I don't know, etc. 

* * *

Pada bulan  Oktober 1947, Mohandas Gandhi memberikan sehelai kertas kepada cucu lelakinya yang datang melawat. Arun Gandhi kemudian pulang ke Afrika Selatan bersama kertas itu dan dia tidak pernah menemui datuknya lagi. Tiga bulan kemudian Gandhi dibunuh. Dalam kertas yang diberikan itu mengandungi senarai Tujuh Dosa Sosial. 

* * *


SEVEN SOCIAL SINS

Wealth without works
Pleasure  without conscience
Knowledge without character
Commerce without morality
Science without humanity
Worship without sacrifice
Politics without princples

* * *

Puisi juga menggunakan senarai sebagai kaedah untuk menghubungkan imej. Baha Zain memberikan senarai objek yang sering terkandung dalam kehidupan moden manusia di kota.

* * *


KOLAJ "GERAKAN MODEN"

Bau petrol, asap trektor
Rumah pangsa, massage parlour
Perempuan & hotel = pelacur  
Maskara, eye - shadow = floor show

(Beware of dogs) rumah banglo
Akuarium & orkid, poodle & piano
Kerusi antik, muzik klasik 
Status + simbol = moden - maju
'Cheap sale' di supermarket baru

Kad jemputan
Resepsi
R. S. V. P
Tele: 8891
Lounge Suit  
Cocktails
B. G. Ale
Wiski soda
Et cetera

Di lorong kota
Pelukis bertanya
Mencari galeri
Menggantung kolajnya

Seorang tuan
Membeli lukisan
Di kamar indah tamu
Terpamer kolaj plasu

* * *

F. Scott Fitzgerald ialah pengarang kepada buku klasik The Great Gastby. Pada tahun 1933, dia mengirimkan sepucuk surat kepada anak perempuannya berusia 11 tahun yang berada di kem jauh daripada keluarganya. Ia mengandungi senarai perkara yang patut/tidak patut dirisaukan dalam hidup.

* * *


THINGS TO WORRY ABOUT

Worry about courage
Worry about cleanliness
Worry about efficiency 
Worry about horsemanship
Worry about...

Things not to worry about:

Don't worry about popular opinions
Don't worry about dolls
Don't worry about the past
Don't worry about the future
Don't worry about growing up
Don't worry about anybody getting ahead of you
Don't worry about triumph
Don't worry about failure unless it comes through your own fault
Don't worry about mosquitoes
Don't worry about flies
Don't worry about insects in general
Don't worry about parents
Don't worry about boys
Don't worry about disappointments 
Don't worry about pleasures
Don't worry about satisfaction

Things to think about:

What am I really aiming at?
How good am I really in comparison to my contemporaries in regard to:
(A) Scholarship
(B) Do I really understand about people and am I able to get along with them?
(C) Am I trying to make my body a useful instrument or am I neglecting it?

With dearest love

* * *

Sumber: List of Notes, Shaun Usher (2014)

Comments

Popular Posts