Hari Puisi Sedunia 2016

 
Pada tahun 1999 UNESCO menetapkan 21 Mac sebagai Hari Puisi Sedunia dengan tujuan untuk "meraikan diversiti linguistik dalam pengucapan puisi dan memberikan peluang kepada bahasa yang sedang terancam untuk didengari dalam komuniti mereka." Hari ini bukan sahaja hari ini untuk kita meraikan kata-kata, tetapi ia juga hari untuk kita berehat sebentar dan mendengar puisi dalam diam. Coleridge menggambarkan puisi sebagai sebuah rumah. Saya kira rumah ini pasti ada banyak pintu, banyak jendela, banyak kamar, banyak potret, dan banyak suara yang ingin berbicara dengan kita. Hari ini saya ingin mendengar suara-suara itu.
 
Selain membincangkan sebuah buku antologi puisi dunia berjudul The Ecco Anthology of International Poetry, saya turut akan kongsikan puisi pilihan beberapa orang penulis dan penyair Malaysia. Dari dahulu puisi adalah tradisi lisan yang bersifat komuniti di mana penyair dan pembaca sama-sama menghidupkan bahasa supaya ia dapat menjadi rumah untuk semua orang berteduh. Penyair tidak pernah berada di atas puisi; sebaliknya penyair sentiasa  bekerja untuk memeriahkan rumah yang berlantai dan berbumbungkan kata-kata ini.    

 

Comments

Popular Posts