Buku Terbaik 2023 (No 7): The Penguin Book of the Prose Poem


Puisi prosa. Bentuk paling dibenci, paling dikutuk, namun juga bentuk paling misteri, paling unik dalam sejarah penulisan puisi. Kalau nak menjelaskan apa itu puisi pun sudah mencabar, puisi prosa lagi memeningkan kepala. Tetapi kesukaran untuk melabel, meletakkan sempadan, dan menggariskan secara tepat ciri-cirinya, memberikan kebebasan pada puisi prosa untuk bermain di dua dunia: imaginasi prosa dan muzik puisi. 

Buku susunan Jeremy Noel-Tod ini barangkali ialah antologi puisi prosa pertama oleh Penguin Classics. Ternyata ia antara koleksi puisi prosa terbaik saya pernah baca. Malah cara Jeremy susun puisinya juga unik; berbanding bermula secara kronologi dengan puisi prosa terawal, Jeremy bermula dari tahun 2017, dan perlahan-lahan berundur ke tahun 1842. Di tahun 2017 hanya ada satu puisi oleh Golan Haji berjudul "The End of Days." Sementara pilihan Jeremy untuk 1842 ialah tiga puisi oleh Aloysius Bertrand. Kalau anda bukan peminat sastera dekaden dan macabre, anda tidak akan tahu siapa Aloysius Bertrand. Ini adalah pilihan berani dan eksentrik; ia sangat mengujakan saya apabila mengetahui salah satu puisi prosa Bertrand diterjemahkan oleh hero saya, Thomas Ligotti. Judulnya ialah "The Madman":


The moon was grooming her hair with an ebony comb, sprinkling
the hills, the meadows, and the woods with fireflies
like pieces of silver.

Scarbo, gnome sated with treasures, was up on my roof, and, to
the crow of the weathercock, was winnowing his loot, separating
the ducats and florins, which jingled in cadence, from
the counterfeit coins, which showered over the street.

How the madman laughed, mockingly, as each night he 
wandered about the deserted city, his one eye on the moon and the
other - burned out!

'Wealth of the moon,' he muttered. 'Scraping together
these devil's tokens, I shall buy a pillory where I may warm
myself in the sun.'

But, as always, there was the moon, the moon going down -
and concealed in my cellar, Scarbo was turning out more
ducats and florins with each echoing strike of his press. 

Meantime, its two horns waving ahead, a snail, which must
have been confused by the night, was pushing its way across
my glistening windowpane. 


Kesan akhir itu yang puitis dan berbekas dalam diri pembaca. Selak secara rawak mana-mana puisi prosa dalam antologi ini, dan anda akan menemui kesan sama. Ada nama-nama selalu yang wajib dimasukkan dalam sebuah antologi terbaik puisi prosa: Baudelaire, Ponge, James Tate, Russel Edson, dan John Ashbery. Tapi yang mengejutkan (dan menggembirakan) saya ialah menemui puisi daripada penyair kontemporari Singapura, Alvin Pang, berjudul "Other Things." Namun Jeremy belum membaca puisi Indonesia. Mana lengkap antologi puisi prosa tanpa ada karya daripada Afrizal Malna dan Sapardi Djoko Damono. 
 
 

Comments

Popular Posts