Novel Terbaik 2023 (No 6): The Other City
Kalau anda meninggalkan sebuah tempat selama sebulan, anda akan merasakan perubahan apabila anda kembali. Anda tidak pasti apa sebenarnya yang sudah berubah. Namun sebaik sahaja kereta anda keluar dari lebuh raya, anda dapat rasa perubahan udara, cahaya lampu jalan, kedudukan pasu bunga jiran sebelah, malah sebaik sahaja anda memulas tombol dan menolak pintu rumah, anda seperti sedang melangkah masuk ke dunia lain.
Kenapa manusia mempunyai imaginasi? Kenapa kita boleh membayangkan sesuatu yang tidak wujud? Saya hanya perlu memejamkan mata dan saya boleh membayangkan jalan-jalan kota Prague dalam novel Michal Ajvaz The Other City. Tanpa imaginasi, kota Ajvaz akan menjadi asing. Apatah lagi untuk seorang yang tidak pernah memijak kaki di Prague. Seperti mana-mana pengarang imginatif, Ajvaz mempunyai bakat untuk melukis sebuah dunia dengan kata. Kita menjadi melancong dalam dunia Ajvaz. Kita berjalan bersama wataknya; kita melihat bersama wataknya; kita terpesona bersama wataknya; kita membuka pintu ke dunia lain bersama wataknya. Apa-apa boleh berlaku; sekeping poskad boleh mengeluarkan bunyi apabila kita merapatkan telinga; sebuah perpustakaan boleh bertukar menjadi hutan; sebuah kapal cruise boleh berlayar di tengah pekan Prague.
Can there really exist a world in such close proximity to our own, one that seethes with such strange life, one that was possibly here our own city and yet we know absolutely nothing about it? The more I pondered on it, the more I was inclined to think that it was indeed quite possible, that it corresponded to our lifestyle, to the way we lived in circumscribed spaces that we are afraid to leave. We are troubled by the dark music heard from over the border, which undermines our order. We fear what looms in the twilit corners; we don't know whether they are broken or disintegrating shapes of our world, or the embryos of a new fauna, which will one transform the city into its hunting ground - the vanguard of an army of monsters slowly lurking its way through our apartments.
Comments