Buku Terbaik 2023 (No 6): Misa Teakhir Cakerawala


Impian setiap penyair ialah untuk menyatu dengan bahasa. Terpisah daripada pengalaman. Melangkui diri. Tapi melangkaui ke mana? Mungkin ke tengah kota (T. Alias Taib); mungkin ke dalam seluar (Joko Pinurbo); mungkin ke atas bantal (Afrizal Malna); mungkin ke dalam cerita (Zurinah Hassan). Atau puncak segala bahasa kepenyairan: ke dalam doa kepada Tuhan. 

Di Malaysia, penyair selalunya mula berdoa selepas mereka sudah puas membuat dosa pada zaman muda. Akibatnya puisi mereka hanya menjadi tikar sejadah untuk menabur air mata dan zikir kosong. Penyair muda ingin setia pada emosi; dia tidak ingin dengar suara Tuhan ketika menulis. Namun penyair religus seperti Clariessa Kesulai (atau Mario F. Lawi di Indonesia) mencari suara Tuhan. Setiap kata adalah ibarat lilin doa kepada Tuhan. Lilin penerang hati; lilin pembuka jalan kepada keampunan Yang Maha Esa.

Puisi Clariessa sebenarnya ialah sajak-sajak pengakuan. Penyerahan diri penyair yang telah dibuang dari taman Eden. Cinta ialah jalan pulang Clariessa ke syurga. Namun adakah kita sebagai pembacanya, masih terperangkap di dunia, atau sudah menemui keampunan, untuk pulang ke dalam pelukan rahmat Ilahi? Hanya masa akan menentukan; hanya Tuhan yang boleh memberikan keampunan kepada dosa emosi seorang penyair.  

Comments

Popular Posts