Novel Kesembilan: Creatures Such as We



Sesuai dengan musim Star Wars yang sedang merusuh dan mengamuk di seluruh dunia, saya fikir ia tepat sekali untuk saya perkenalkan sebuah novel yang bukan sahaja futuristik dari segi cerita, tetapi juga dari segi bentuk dan medium. Judulnya Creatures Such as We, ditulis dan direka oleh Lynnea Glasser, dan ia sepenuhnya digital.

"Strolling through the final airlock, you feel satisfied that the facility's in order: the spacesuits are starched, the moon rocks are neatly arranged, and you personally checked that every stateroom is in perfect condition. Twice. Tomorrow's going to go great, and you're finally off the clock. You look back one last time anyway. Time between tourist stays always make you nervous: it feels difficult justifying your non-existent workload while everyone else still has regular maintenance duties. 

Compounding the lull in responsibilities has been the temptation of finishing the final level ofCreatures Such as We
. Will you wipe out the last of the Traditionalists, or will Lauress elude your grasp at the last minute? Will you and Elegy have a happily ever after? The anticipation is giddily maddening. You hear chatty banter as you approach the passageway to the crew common area and laughter as you pass it. You hurry along. You're about to save the day, be the hero, put everything together. "

Kemudian pembaca diberikan sejumlah pilihan: 1) Anda ingin hidup yang lebih mudah, 2) Anda suka eskapisme 3) Anda tidak kisah menikmati sebuah cerita semata-mata 4) Anda tidak sabar nak mula bermain.

Pilihan di tangan pembaca.

Sesiapa yang selalu ikut blog ini akan tahu saya memang membesar dengan buku permainan interaktif. Tetapi ini merupakan buku pertama saya baca (dan main) yang melabelkan dirinya sebagai sebuah novel interaktif. Dan ternyata ia tidak mengecewakan. 

Latar novel ini ialah sebuah stesen angkasa di bulan dan anda merupakan seorang pemandu pelancong. Tenang, ini bukan cerita fiksyen sains. Tidak ada kapal perang atau pedang laser akan muncul. Percaya atau tidak, ini sebenarnya sebuah novel tentang perhubungan. Sekumpulan pereka permainan video telah sampai ke stesen ini dan anda harus bersosial dan memperkenalkan tempat anda bekerja kepada mereka. 

Jadi anda siapa dalam novel ini? Di permulaan cerita anda diberikan pilihan untuk memilih jantina dan warna kulit. Walaupun ia tidaklah mempengaruhi perjalanan novel ini secara langsung, tetapi ia akan membuat anda terfikir sejenak setiap kali anda hendak membuat keputusan. Terutama sekali apabila anda mula berbual pereka-pereka itu. Setiap seorang daripada mereka mempunyai peribadi dan tabiat berbeza. Katakan anda seorang lelaki, bolehkah anda mengusik salah pereka lelaki dalam kumpulan itu? Ya boleh sahaja, dan anda bayangkan sendiri rasanya aneh atau tidak (serius, saya sudah cuba). 

Saya baca novel ini dalam telefon pintar ASUS dan ia memang memuaskan kerana berbeza dengan ebook, novel ini memang dicipta sebagai produk digital, dan bukan pemindahan sebuah buku bercetak ke dalam bentuk digital. Masih terlalu awal nak kata ke mana novel interaktif akan pergi dalam masa sepuluh tahun lagi, tetapi kalau novel memang sudah mati, maka ini ialah reinkarnasinya.

Kalau nak baca, sila ke sini



Comments

Popular Posts