Novel Kelapan: The Islanders
Tahun ini saya makan angin di Kepulauan Mimpi yang terdapat dalam novel Christopher Priest berjudul The Islanders. Sebelum anda merancang percutian seterusnya ke tempat ini, anda harus tahu sejarah dan geografi Kepulauan Mimpi (The Dream Archipelago). Baik, bayangkan novel Italo Calvino Invisible Cities dan kota-kota ajaibnya. Sekarang gantikan kota-kota itu dengan pulau-pulau ajaib dan anda akan dapat gambaran kasar pakej percutian yang Christopher Priest telah sediakan untuk pembacanya.
The Islanders tidak mengambil perspektif sejarah seperti novel Calvino; sebaliknya kita melihat sudut pandang saintifik seorang pengkaji yang telah menyenaraikan 52 buah pulau di Kepulauan Mimpi. Ini bukan angka tepat: kepulauan ini dikatakan mempunyai beratus-ratus buah pulau dan bentuk muka buminya sukar sekali untuk dipetakan. Lihat sendiri contoh-contoh di bawah.
Mesterline (AIR YANG MENGGELINTAR)
- Tanah kelahiran penyair dan dramatis Kal Kapes.
- Penduduk Mesterline berfikiran terbuka dan sangat bertolak ansur dengan orang dari luar.
- Bukitnya rendah, mempunyai lembah yang terbentang luas, dan pantai pasir yang panjang. Penduduk di sini suka pemandangan cantik, maka rumah mereka sering dibina di tebing bukit.
- Hujan sering turun di Mesterline dan ia amat disenangi oleh penduduknya. Ada hari mereka akan meninggalkan urusan kerja atau pertemuan ahli keluarga untuk berdiri di tengah dataran sambil terngadah ke langit dan mengangkat tangan kepada hujan.
Winho (GEREJA)
- Terkenal sebagai pulau pelacuran.
- Di sebelah pantai barat bukit-bukitnya berdiri tinggi dan memenuhi sebahagian besar pulau ini. Selebihnya ialah kawasan hutan rimba. Musim hujan hanya datang selama dua bulan.
- Winho pernah dijajah dua kali oleh kumpulan tentera dan ramai penduduknya dibunuh atau menjadi mangsa kajian eksperimen.
- Seorang novelis perempuan bernama Maylia Kaine pernah melawat Winho bersama suaminya. Mereka sewa rumah dan Kaine membuat kajian tentang sejarah hitam di pulau ini. Kaine menemui dua orang perempuan ketika melakukan kerja, dan mereka kemudian sama-sama pulang ke Muriseay. Kini mereka mempunyai dua keluarga dan tujuh orang anak.
- Pelarian perang diharamkan di atas Winho.
Junno (PENERIMA KEAMANAN)
- Sebuah negara bebas yang terdiri daripada tiga pulau kecil.
- Junno kaya dengan sumber asli seperti besi dan tembaga. Tetapi disebabkan itu juga ia antara pulau paling tercemar di Kepulauan Mimpi.
- Tidak ada jadual penerbangan khusus ke Junno. Lapangan terbang dikuasi oleh pihak tentera yang menerima dukungan orang tempatan.
- Ketika Junno baru sahaja mencapai kemerdekaan, ia menerima ramai sekali pendatang imigran, dan mereka ini kemudiannya yang dijadikan buruh di lombong.
- Berbeza dengan pulau-pulau lain, penduduk Junno sentiasa lengkap dengan senjata api. Jumlah senjata api bukan sahaja lebih ramai daripada jumlah penduduk, tetapi setiap orang dianggarkan mempunyai dua puluh buah senjata atau lebih.
- Selain memancing dan memburu, hobi orang Junno di masa lapang ialah menyerang pulau jiran mereka yang terdekat.
Ada banyak lagi pulau lain anda boleh melawat. Saya sendiri pun tidak sabar hendak mencuba. Tetapi Junno, rasanya, sekali melawat sudah cukup.

Comments