Ketidakpastian Sebuah Cerita

Setahu saya Nabokov tidak membaca akhbar semasa menulis novel - dan mungkin dia tidak baca langsung. Philip Roth kata dia sudah tidak membaca fiksyen, dan entah-entah akhbar pun sama. Di Sepanyol Javier Marias memberikan pendapat dalam segala benda atau isu melalui kolum di akhbar (ia mengingatkan kita kepada Goenawan yang terkenal sebagai kolumnis Tempo); Javier seakan-akan sudah pasti dengan setiap pendapatnya; tetapi dalam menulis novel dia tidak pernah nampak apa yang menanti di hujung novelnya; dia hanya membiarkan dirinya mengalir seolah-olah ketidakpastian sebuah cerita yang akan mengujakan dia, dan sudah tentu pembacanya, untuk terus menulis dan mencari hadiah yang sebuah cerita itu dapat berikan. Cerita begini yang menarik untuk dibaca. Dan sukar untuk dicari.

(sedang penat menghabiskan trilogi bunga Arena Wati. ibarat sebuah perjalanan kereta api tanpa pemandangan di luar jendela)

Comments

Popular Posts