Sudah Hilangkah Mata Senimu
Persuratan Baru
Sudah hilangkah
Mata Senimu.
Kau mengajak kami
Ke kamar persuratan
Kau tinggalkan seni
Dalam perigi kegelapan.
Seni intelektual, kau jawab
Seni retorika, kau jawab
Itu sahajakah seni yang kau ada.
Semalam
Aku terdengar tangisan
Matamu, dalam perigi kegelapan.
Sudah hilangkah
Mata Senimu.
Kau mengajak kami
Ke kamar persuratan
Kau tinggalkan seni
Dalam perigi kegelapan.
Seni intelektual, kau jawab
Seni retorika, kau jawab
Itu sahajakah seni yang kau ada.
Semalam
Aku terdengar tangisan
Matamu, dalam perigi kegelapan.
Comments
Ada sebuah artikel menarik yang ditulis oleh Mohd Affandi Hassan. Pernaht tersiar di Mingguan Malaysia, dan rasanya baik untuk renungan bersama:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/09/kembalikan-siuman-sastera-melayu.html
Masalahnya sekarang aidil bukan soal kita berkiblatkan barat,timur,islam,atau bukan islam.Masalahnya ialah teori penulisan persuratan baru yang ternyata lebih mengutamakan seni intelektual daripada seni imaginasi.Kalau nak cakap tentang definisi seni,maka ada banyak benda dalam kehidupan ini yang boleh dikategorikan sebagai seni asalkan ia melibatkan kreativiti manusia,maka ia sudah boleh dikira sebagai seni.Tapi dalam kesusasteraan seni apa yang kita nak sampaikan kepada pembaca? Seni intelektual atau seni imaginasi?
Golongan persuratan baru (dan para pengikut butanya)selalu menuduh bahawa para ahli kesusasteraan ini sangat mengutamakan mimesis sehingga kadang-kadang sanggup menyelewengkan hakikat realiti.Dan dikatakan mereka ini berkiblatkan Barat.Dari segi teori penulisan memanglah ya kerana kita sekarang menulis dalam genre cerpen,novel, dan sajak.Tapi dari segi naluri estetik,persepsi seni terhadap kehidupan,ini suatu sifat yang universal.Saya rasa Rumi atau Murasaki Shikibu tidak pernah baca karya Barat,tapi mereka masih menulis karya-karya yang hebat. Dan cuba sdr perhatikan karya-karya sastera kita sekarang,ada tak yang mengajak manusia melakukan kemungkaran? Bias? emmm,adakah karya sastera di dunia ini yang tidak bias? Setiap seniman itu manusia berbeza,dia mempunyai ideologi perjuangan yang tersendiri.Dan sudah pasti bukan semua orang akan menyokong ideologi perjuangannya.Kalau Fatimah Busu tidak suka karya Shahnon,atau Pak Samad,apa nak buat.Tapi rakyat masih membaca Salina dan Ranjau Sepanjang Jalan.
Kita tidak menafikan kepentingan intelektual dalam seni kesusasteraan,tapi adalah tidak bermakna jika seni (yang kononya tinggi itu) itu sekadar hanya permainan bahasa retorik dan seni argumentatif.
Tapi sekurang-kurangnya ia lebih menarik dari debat di parlimen.