Penulis Belum Mati Sepenuhnya
Berikut ialah komen saya di blog Aidil Khalid:
"Salam Aidil,
Tahniah atas pelancaran novel.Pendapat Barthes ini ("death of the author") sebenarnya berhubung dengan teori resepsi pembaca: sesebuah teks sastera itu belum sempurna selagi ia belum ditafsir oleh pembaca.Dan hal ini memang betul kerana teks sastera itu bukan objek kaku.
Namun,itu tidak bermakna penulis boleh melepaskan diri begitu sahaja.Dia tetap ada pernan penting dalam hubungan penulis-teks-pembaca.Teks sastera itu sebagaimana yang kita sedia maklum,terbuka kepada tafsiran pembaca.Tapi perkara ini mengundang beberapa risiko:
a)Mutu sebuah teks yang bagus menjadi rendah kerana pembaca tidak dapat mengikut teknik penyampaian atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.
b)Berlakunya tafsiran songsang oleh pembaca yang menyimpang jauh daripada maksud sebenar pengarang.Songsang ini merujuk kepada tafsiran yang mungkin mendatangkan kesan buruk pada pembaca atau tafsiran yang menyebabkan karya penulis ditolak ke tepi.
c)Karya penulis disalahgunakan oleh pihak tertentu seperti yang berlaku pada novel Shahon Ahmad,"Shit."
Saya bersetuju dengan pendapat Barthes bahawa "penulis telah mati." Hal ini akan memberi ruang kepada pembaca untuk membawa pengalaman mereka ke dalam sesebuah teks.Tapi dalam era pascamodenisme ini,penulis tidak boleh terus tidur dalam kubur.Sekali-sekala dia perlu hidup kembali bagi menghalang perkara-perkara di atas."

Comments
Ya,saya setuju.Penulis dan pembaca ada tanggungjawab masing-masing.