Buku Terbaik 2023 (No-9): Herve Tullet's Art of Play
Penulis yang bekarya langsung di atas komputer mengalami kerugian besar: peluang untuk menari di atas lembaran putih; membiarkan tangan bergerak bebas; mendengar dan mengikut rentak nadi dan suara hati; menterjemahkan imaginasi menjadi tembok, palang, jendela, dan pintu yang kita sebut sebagai aksara.
"I'm obsessed with the journey, the path, reinventing oneself, leaving oneself open, always being in search of something..."
Saya suka melihat kerja pelukis buku kanak-kanak kerana mereka dibayar untuk berangan dan melukis seperti kanak-kanak. Lukisan Herve Tullet hanya bermain dengan titik warna, contengan, bentuk, dan garisan untuk menyampaikan cerita.
Mengambil inspirasi daripada gerakan seni di Perancis seperti Fluxus dan Surrealism, Tullet mencipta kaedah kerja yang spontan, bebas, dan cair.
"An idea is fragile, really very fragile. When I present a book idea to my editors, I'm not selling a finished idea; it will be refined later. Only after making pages and pages will I be able to find the meaning. The idea is in flux, it's up to me to make it happen: I'm free and I'm responsible."
Apabila kaedah kerja kita bebas dan dipandu oleh naluri dan imaginasi, maka mempunyai buku nota sangat penting. Tullet mula melukis dalam buku nota. Di sitiulah permainannya bermula. Idea yang datang melintas kalau tidak ditulis atau lukis akan hilang begitu sahaja.
Comments