Buku Terbaik 2023 (No-10): The Practice of Not Thinking
Ada beberapa buku dalam senarai ini yang akan bertindih dengan senarai novel terbaik. Sebagai peminat fiksyen, ia tidak dapat dielakkan. Tahun ini saya banyak membaca buku bukan fiksyen dan meneroka subjek yang saya jarang memberi perhatian serius. Antaranya ialah meditasi.
Dalam zaman di mana manusia sibuk untuk merawat emosi, maka buku-buku yang dilabel sebagai "meditasi" sedikit merisaukan saya. Rasanya kalau saya tidak terlebih dahulu mengamalkan meditasi pernafasan secara harian, saya tidak akan cuba menyelak buku Ryunosuke Koike.
"All the failures that we ever experience may be attributed to excessive thinking, and in particular the negative thoughts that pop up in our mind.
We may start the day full of energy, telling ourselves that we're ready take on the world. But somewhere along the way, the mind seems to take a direction of its own and tells us to slow down or to stop what we're doing as it's too much trouble. Or perhaps we were planning to take a ten-minute break and our mind decides to make it an hour."
Tapi sejauh mana kita boleh mengawal apa kita fikir? Saya rasa persoalan itu yang sedikit banyak mendorong untuk saya membaca buku ini.
Apabila kita berada dalam persekitaran kerja yang mencabar, kita akan mula mengatur dan menyusun rutin untuk memastikan kerja kita berjalan dengan lancar. Dalam kes saya, tugas harian saya ialah menguruskan platform media sosial untuk sebuah syarikat pembangunan kewangan. Maka fokus kerja sangat penting kerana ada banyak permintaan, banyak deadline, banyak pihak yang perlu dijaga dan diuruskan untuk memastikan objektif kita tercapai. Di sini meditasi sangat membantu untuk mengurangkan gangguan sama ada ketika bekerja, atau selepas kita keluar meninggalkan pejabat pada sebelah petang.
Tiga gangguan emosi utama yang disenaraikan oleh Koike ialah keinginan, amarah, dan kekeliruan. Justeru buku ini semacam latihan untuk mengawal deria dan suara dalam diri kita daripada diganggu oleh tiga emosi negatif itu.
"When we realize that our mind is but a slave to our brain's reflexes, we can mount a revolution against the things that control us. There is what selfless enlightenment in Buddhism is all about."
Buku ini sebenarnya boleh ditulis dengan lebih santai dan peribadi. Namun pendekatan yang dipilih oleh Koike lebih gaya seorang doktor memberi panduan kepada pesakitnya. Ia langsung dan jelas; namun kalau boleh kita tahu juga sudut pandang peribadi Koiki tentang apa yang ada di luar jendela, atau bagaimana dia merasai nafasnya sendiri apabila dia memejamkan mata untuk berhenti berfikir.
Comments