Nietzsche Tentang Muzik & Cinta


 Petikan daripada buku The Gay Science:

"Inilah pengalaman kita dengan muzik: kita mesti terlebih dahulu belajar untuk mendengar, mendengar sepenuhnya, dan membezakan sesuatu tema atau melodi, kita mesti mengasingkan dan menerimanya sebagai alam mandiri; kemudian kita mesti melaksanakan usaha dan niat murni kita sambil sabar menghadapi setiap pengucapan dan sifatnya, dan perlahan-lahan larut dalam keanehannya — akan tiba waktu di mana kita mula menyesuaikan diri dengan muzik, dan kita menjadi rindu apabila ia tiada; dan ia akan terus menyihir dan memukau kita, dan ia tidak berhenti sehingga kita menjadi kekasihnya yang setia dan rendah diri, seseorang yang mendambakannya, dan ingin lagi dicintai, tanpa mengharapkan apa-apa daripada dunia — Ia bukan sahaja dalam muzik — Kita telah belajar mencintai semua benda yang kita cinta. Kita sentiasa menerima ganjaran untuk niat murni, kesabaran, keprihatinan, dan kelembutan kita berikan kepada ia, kekasih, lalu kekasih kita memperlihatkan keindahan yang baru — ya, terima kasih kepada adan dan budi kita. Mereka yang mencintai diri sendiri mesti belajar cara ini: tiada cara lain. Cinta juga mesti dipelajari." 

Comments

Popular Posts