Melangkaui Sempadan Diri

Saya melihat rak perpustakaan saya, saya tidak nampak barisan buku, saya nampak sempadan. Pemisah kepada keberadaan manusia dengan alam. Pemisah kepada keterbatasan diri — keterbatasan bahasa — yang kita sudah lama tahu, namun masih percaya kita mampu mengatasinya, kerana itulah naluri manusia yang enggan tunduk kepada aturan takdir. Adakah kita terlalu jumud untuk percaya kepada takdir, atau terlalu naif untuk percaya kepada kebebasan? Saya kira selagi manusia menjadi bahagian daripada dunia ini, selagi itu dia akan berlari, terbang, melawan, membakar, membunuh, bercinta... berdoa — dia akan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi sempadan dirinya. 

Kenapa sempadan in wujud dari mula lagi? Barangkali ia bukan takdir semata-mata. Tetapi hubungan yang terbentuk di antara kita dengan waktu. Ya, diri bukan hanya merujuk kepada tangan yang sedang mencatat, atau minda yang sedang membaca tulisan ini. Diri saya adalah masa lalu dan masa kini. Diri saya terkandung dalam bahasa, dalam tubuh, dalam ruang rumah, dalam komuniti saya sedang tinggal. Diri saya bukan jejak atau teks semata-mata. Diri saya juga bukan the other. Diri saya adalah segala-galanya yang telah mencipta dan sedang mencipta sempadan di hadapan saya.

Saya percaya esok, minggu depan, sepuluh tahun lagi, saya akan berdiri di sempadan berbeza. Tetapi hari ini saya ingin berhenti dan mendengar kata-kata bijaksana daripada Emerson:

"But when you ask, What is God — I must answer with Simonides: The finite cannot comprize the infinite; we have faculties to perceive his laws, but himself how obscurely. He can be nothing less than our highest conception, and our conception continually soar higher — both the man's and the age's. We need not fear what Time may teach us, for that which is true must be that which is more desirable; — because that which is true must be fittest for our nature, since all that exists is mutually confirmed. At least we may gather so much prophecy from our inward informations." 

Comments

Popular Posts