Neruda Di Tengah Malam



Neruda ialah filem biopik kedua tentang penyair yang saya sudah tonton tahun ini. Kehidupan penyair selalu menarik minat saya berbanding novelis. Apatah lagi seorang penyair yang juga seorang senator dan komunis seperti Neruda. Kenapa agaknya? Mungkin sebab jarak. Saya tahu saya tidak mungkin akan menjadi seorang penyair. Maka saya memerhatikan kehidupan mereka dari jarak selamat tanpa sebarang rasa cemburu atau dengki. 

Saya menulis ini pada jam 4 pagi. Otak saya masih segar. Niat asalnya nak menyiapkan cerpen terbaru saya, tapi entah kenapa saya terbuka filem Neruda. Beberapa hari lepas saya baru sahaja membaca puisi cinta Neruda yang diterjemahkan oleh sahabat baik saya, Aan Mansyur. Sejujurnya, sajak cinta jarang dapat memikat saya. Malah puisi Neruda yang saya suka ialah ode dan puisi prosanya. Bukan puisi cinta. 

Justeru ketika menonton Neruda, saya tidak menemui Neruda sebagai penyair. Saya menemui Neruda sang romantis; Neruda sang politikus; Neruda sang erotis. Kita melihat Neruda hanya sebagai persona. Bukan sebagai penyair. Kita melihat patung. Namun kita tidak mendengar jantung cinta yang berdengup di dalamnya. 

Comments

Popular Posts