Kuasa Encik Vertigo


Sebagai novelis Amerika, Paul Auster mempunyai imaginasi yang aneh dan unik apabila dibandingkan dengan penulis-penulis lain di sana. Ia seolah-olah dia dilahirkan di dunia asing sebagai anak yatim dan pulang ke Amerika membawa kuasa magik. H. P. Lovecraft pernah kata ketika Poe muncul di Amerika, dia menjadi gerhana kepada semua orang. Itu tidak dinafikan. Saya rasa Auster lebih menyenangi Hawthorne daripada Poe, tapi Auster ternyata mewarisi tradisi kedua-dua orang penulis ini. Ibarat pentas persembahan sarkas yang lama ditinggalkan, ia telah menemui nyawa baru daripada Auster. 

Mr Vertigo ialah novel - kalau ia adalah sebuah novel - tentang persembahan magik: ia adalah novel tentang penulisan. Pada suatu hari, seorang budak bernama Walter Rawley didatangi oleh seorang lelaki misteri bernama Master Yehudi yang ingin mengajarnya untuk terbang dan menjadi jutawan kelak. Pengembaraan Walter menjadi seorang ahli silap mata terkenal kita boleh bayangkan sebagai pengembaraan Auster menjadi novelis terkenal di dunia. Pengembaraan Auster untuk belajar terbang. Di dalam Mr Vertigo, Auster telah terbang jauh melebihi novel-novelnya yang lain, dan ada waktu terlalu jauh, tapi Auster sangat bebas di sini. Sangat bebas.
 

Comments

Anonymous said…
Saya ke Perpustakaan Kuala Lumpur minggu lepas, dan nampak Azriq sedang duduk di sofa, baca dua buah buku. Salah satunya buku Mo Yan, Shifu You'll Do Anything For A Laugh dan sebuah buku yang saya tidak perasan, mungkin Philip Roth barangkali.

Mahu tegur, tetapi terasa segan pula. He he he

Bila nak ulas buku Mo Yan? Saya teringin mahu tahu apa pendapat Azriq tentang buku itu.
Wan Nor Azriq said…
Terlalu sibuk membaca, tidak perasan diri diperhatikan.

Tidak pasti bila saya akan menulis tentang Mo Yan kerana masih ada bukunya yang perlu dibaca.

Popular Posts