Jurnal Joyce Carol Oates

Joyce Carol Oates: mencipta ruang di dalam ruang

Peribadi. Jurnal ialah bentuk yang menawarkan wajah sebenar seorang penulis (kalau kita boleh mempercayainya); wajah sebenar seorang manusia. Pengintipan ialah rasa yang mendorong kita kepada jurnal. Manusia suka mengintip kerana sukar untuk mengintip apa yang berlaku dalam minda sendiri. Kita memerlukan orang lain sebagai subjek. Kita memerlukan fakta - berbanding fiksyen - sebagai cermin. Justeru, populariti memoir dan jurnal? Ya, sudah pasti. 

Dalam sebuah wawancara yang membicarakan novel terbaru Ian McEwan, Sweeth Tooth, pengarangnya menjelaskan yang semua novel membina suatu suasana pengintipan, dan novelis ialah agen perisik yang membuat pengintipan tersebut. Pengintipan memerlukan jarak dan helah sekiranya ia akan berjaya. Flaubert sangat mengetahui tentang kepentingan membina ruang dan jarak ini: malah kita boleh kata Flaubert menyusun setiap kalimatnya dengan sangat teliti supaya pengintipannya terhadap Emma Bovary boleh berlaku tanpa kehadiran dia sebagai pengarang dapat diketahui oleh Emma (mahupun pembaca). 

Pengintipan naratif tidak semestinya berlaku secara jelas seperti yang digambarkan dalam kebanyakan novel Paul Auster. Melalui tradisi yang dibangunkan oleh penulis seperti Flaubert dan James Joyce - dua orang pengarang yang dikagumi oleh Joyce Carol Oates - pengintipan menjadi kaedah utama kepada penciptaan naratif itu sendiri. Pengarang akan berdiri di posisi Tuhan dan memerhatikan dunianya dengan objektif. Mereka akan membiarkan watak hidup dengan bebas.Tetapi adakah itu yang berlaku sebenarnya? Nabokov menafikannya: "semua watak adalah hamba saya." Mudah untuk kita anggap pendapat ini sebagai reaksi angkuh seorang novelis (dan Nabokov adalah antara yang paling angkuh), tetapi ia tidak jauh daripada kebenaran. Secara teknikal, seorang novelis hanya mencipta ruang dan bahasa dalam penulisannya. Namun secara sentimental dan idealistik, novelis ingin menjadi pencipta kepada emosi dan cerita: dia ingin mencipta manusia di atas kertas. Membebaskan ruang ialah kemuncak kepada penciptaan tersebut.

Ruang adalah penciptaan dalam penciptaan. Tidak ada ruang yang terpisah terus daripada penciptanya. Beza antara puisi dan fiksyen ialah hubungan penulis dengan ruang tersebut. Chairil Anwar menyebut sebuah "sajak yang menjadi adalah suatu dunia." Dalam kata lain, sajak adalah bersifat mandiri apabila ruang kata-katanya berjaya dibangunkan. Lebih penting daripada itu, penyair menulis dari dalam ruang ini. Sementara penulis fiksyen menulis daripada jarak yang lebih jauh. Dia tidak boleh berada di dalam kata-kata; dia mesti berada di luarnya. Dia tidak boleh bergantung hanya kepada satu dunia: tidak,wilayah dunia itu mesti sentiasa berkembang dan melimpah masuk ke dalam dunia lain juga. Tetapi setiap alam semesta - setiap imaginasi novelis - sudah tentu mempunyai peraturan berbeza. Flaubert dan Austen mungkin mencipta alam semesta yang menurut tertib hukum graviti; dan ia mudah untuk pembaca berjalan di dalamnya. Tetapi bagaimana dengan mereka yang melanggar hukum graviti itu? Bagaimana dengan mereka yang mengajar pembaca untuk berjalan di atas kepala, berbanding menggunakan kedua-dua belah kaki?

Kalau puisi dan fiksyen mencipta ruang, bagaimana pula dengan sebuah jurnal? Joyce Carol Oates memberikan penjelasan yang baik dalam jurnalnya sendiri bertarikh 1 Januari, 1973:

A journal as an experiment in consciousness. An attempt to record not just the external world, and not just the vagrant, fugitive, ephemeral "thoughts" that brush against us like gnats, but the refractory and inviolable authenticity of daily life: daily-ness, day-ness, day-lightness, the day's eye of experience.

The challenge: to record without falsification, without understatement or "drama," the extraordinary subtle process by which the real is made more intensely real through language. Which is to say, through art. To ceaselessly analyze the "consciousness" I inhabit, which is inhabited as easily and gracefully as a snake in its remarkable skin... and as unselfconsciously. "My heart laid bare." The stern rigors of a confessional that is always in session but can promise no absolution.

Merekod bermaksud mengumpul fakta; mengumpul imej yang dilihat oleh mata. Bukan rasa emosi sahaja. Mengumpul rasa emosi adalah mudah kerana ia datang daripada memori. Sementara mengumpul imej seharian memerlukan seseorang itu untuk melihat dengan teliti.

Tetapi ia tidak berhenti di situ buat seorang penulis. Dia tidak berpuas hati dengan sekadar mengumpul; dia ingin juga mentafsirkan imej tersebut menjadi bahasa yang peribadi. Oleh itu, penulisan jurnal, barangkali, adalah pembangunan memori asing kepada memori yang sudah sedia ada. Kita boleh juga kata yang ia adalah suara komentar. Atau kurator kepada sebuah galeri. Jurnal ialah wasiat yang ingin hidup abadi, dan menggantikan tubuh pengarang yang telah mati.

Dalam banyak hal, Joyce Carol Oates mempunyai persamaan dengan seorang lagi penulis jurnal iaitu Franz Kafka. Mereka menulis - dan Joyce adalah antara penulis paling prolifik di dunia sekarang - kerana hanya melalui penulisan mereka dapat berfikir. Ini adalah antara catatan Kafka tentang penulisan: "brave, naked, powerful, surprising as I am usually only when I write." Kehidupan peribadi Kafka memang membosankan; dia hanya hidup apabila dia menulis.

Sekiranya ruang sebuah karya telah dibina dengan kukuh, kenapa seorang penulis itu perlu menulis jurnal? Mengapa karya itu mesti dijelaskan oleh penulis kepada dirinya dalam ruang peribadi ini? Ia berbalik kepada jarak objektif yang seorang novelis berada ketika bukunya ditulis. Joyce menjelaskannya dalam catatan bertarikh 26 Mac, 1975:

The novelist is an empiricist, an observer of facts... objective and subjective "reality"... he must guard against the demonic idea of imagining that he possesses or even can possess ultimate truth. In this way he is like a scientist, an ideal scientist. Humble, striving for what he does not yet know, wanting to discover it, not to impose a pre-imagined dogma upon reality. The novel as discovery. Fiction as constant discovery, revelation. The person who completes a novel is not the person who began it. Hence the joy of creation, the unpredictable changes, transformations, some minute and some major. As soon as the novelist stops observing, however, he becomes something else - an evangelist, a politician. A person with opinions... The novelist must be on the side of life, willing to surrender his beliefs," even. Absolute truth is a chimera that draws us all but will destroy us should we ever succumb. Art especially is destroyed. Or, rather: set aside. When one believes he has the Truth, he is no longer an artist. When we finish a great work we should realize that we know less than we did before we began, in a sense; we are bewildered, confused, disturbed, filled with questions, read to reread, unsettled by mystery.     

Mengorbankan kepercayaan peribadi. Bukan perkara mudah untuk dilakukan. Kita melihat bagaimana Shahnon Ahmad meluahkan kekecewaan, dan mungkin penyesalan, terhadap novel-novel awalnya. Dia tahu ia tidak boleh diselamatkan. Ruang itu telah dicipta untuk dihuni oleh pembaca. Lantas melalui eseinya Shahnon datang semula sebagai penyelamat. Dia ingin menghulurkan tali dan menarik pembacanya keluar. Kafka memilih langkah lebih ekstrem: dia minta kepada rakannya Max Brod supaya sebahagian daripada karyanya dibakar. Seorang lagi pembakar karya yang terkenal ialah Henry James. Cuma, James tidak membakar novel atau cerpen: yang dihapuskannya ialah himpunan surat. Ia dilakukan sendiri oleh James. Kafka ingin membakar karya untuk menghapuskan memori dan kewujudannya; semetara James membakar surat supaya benteng kepengarannya tidak terdedah kepada rahsia-rahsia peribadi.

Jurnal Joyce Carol Oates memberi gambaran kepada kita tentang kerja dalaman yang dilalui oleh seorang novelis untuk melindungi diri daripada kesepian makna. Ketika sebuah buku sedang ditulis, ia jarang memberitahu apa-apa kepada penciptanya, selain memberikan sejumlah imej yang masih kabur. Seorang novelis ingin mengetahui dan memahami imej kabur ini supaya dia sendiri dapat berfikir dengan lebih jelas. Maka, buat sesetengah novelis, menulis jurnal adalah cara untuk merapatkan jarak. Menjelaskan sesuatu yang masih abstrak di fikiran. Menulis jurnal adalah berurusan dengan kesepian menjadi penulis; dan kita boleh melihatnya dalam catatan Joyce bertarikh 22 November, 1979:

For much of my adult life, my life as a "writer," I seem to have been searching for someone with whom I might discuss serious issues; mainly literary; but philosophical as well. I've never found this person. He or she, or they, would have to be writers too... or poets... But it's clear that they don't exist. Joyce's [James Joyce] "community" is an empty category, a mere sentimental ghost... Only the writing, only art, penetrates that dimension; and then not always; for art (unlike conversations!) cannot afford to be deadly serious all the time... I invent everything - or nearly everything. The artist as vacuum. Why is that so intriguing? 

Kesepian Joyce mencari rakan penulis untuk berbual tidaklah benar sepenuhnya. Melalui setiap catatan jurnal, kita kadang-kadang dibawa bertemu dengan penulis-penulis seperti Philip Roth, John Updike, dan Susan Sontag. Sesuai dengan kaedah penulisannya sebagai novelis, Joyce memerhatikan penulis lain dengan mata kritikal, dan sering mencari nilai dalam peribadi dan perwatakan mereka untuk dia pegang dan terokai. Antara yang menarik ialah pertemuan Joyce dengan Susan Sontag pada 17 Disember, 1979:

Yesterday evening, the surprise - though should it have been a surprise? - of Susan Sontag's extreme warmth. I liked her immensely at once: appearing with her hair still damp (she had been working for three days straight, hadn't left her apartment, seemed extremely distracted and halfway nervous at our arrival -  and we were ten minutes late), in a brown turtleneck sweater, brown slacks. She inscribed a copy of I, etcetera to us before we left her apartment to drive to Chinatown. (What a handsome apartment it is - two floors at 207 E. 17th Street, near a large park or square; white walls, thousands of books, bare hardwood floors; a long table with narrow benches; a unique atmosphere - almost impersonal, but immensely attractive.)... We had dinner at a fairly informal, inexpensive restaurant in Chinatown, where Susan often goes with friends. A memorable occasion, I think. I did like her very much and hope that - when she's finished with a long essay on a German filmmaker she's been working on for  a year - we will see each other again... I was surprised at her interest in my work. At her evident familiarity with it. And her interest, too in my life - my approach to my craft - what sorts of problems did I have, how did I manage to solve them, etc. We talked for some time about sheer "writerly" matters - of no interest to anyone else - which makes me think that Susan's true love is fiction; and the essays, which have made her famous, are just something she has done to ease the tension of "real" writing.

Minda seorang pengarang prolifik  adalah sangat sibuk. Boleh kata sebahagian besar daripada catatan jurnal Joyce adalah tentang pembacaan dan proses penulisan. Selesai satu novel, dia sudah ada perancangan untuk novel seterusnya, dan sementara novel itu akan ditulis, dia menghadap dulu - mungkin sekadar senaman imaginasi - esei dan cerpen dan puisi yang mungkin boleh disiapkan dan dihantar ke penerbit. Antara setiap sesi penulisan itu, kita boleh membayangkan Joyce mengambil nafas sekejap dalam jurnalnya. Sudah tentu ia adalah nafas yang panjang dan dalam. Kerana sebaik saja jurnal ini ditutup, penulisan seterusnya akan bermula. Dan ruang baru akan dicipta. Dan dicipta lagi selepas itu.

Menulis menjadi satu beban. Atau mungkin ia adalah sebaliknya: seperti Flaubert pernah kata - "menulis hanya salah satu cara untuk hidup."

                      
       

Comments

Popular Posts