Sajak Terbit di Berita Minggu

Setelah begitu lama menanti, akhirnya karya saya berjaya menembusi media arus perdana. Sajak saya berjudul "Nasi Di Dalam Kuali" diterbitkan di akhbar Berita Minggu. Sungguh ironi kerana hampir dua tahun saya giat menulis cerpen untuk Berita Minggu, tapi satu pun tidak keluar. Rupa-rupanya rezeki saya berada dalam puisi, genre pertama saya menulis ketika baru melangkah masuk ke dalam dunia sastera.

Kejayaan ini saya hadiahkan kepada Zaharah Nawawi. Tanpa bimbingannya, saya tidak mungkin menjadi penulis. Dan saya hadiahkan juga kepada sahabat saya, Aidil Khalid, yang telah tekun dan setia membaca sajak-sajak saya. Tidak lama lagi novel pertamanya akan diterbitkan. Saya turut tumpang gembira dengan kejayaan penulis yang sangat prolifik ini.

Comments

Anonymous said…
Tahniah saudara Azriq, teruskan lagi menulis sajak2 berkualiti yang mampu menyampaikan pesan mendalam kepada pembaca.

boleh lah belanja saya makan whooper burger ;)

~A poet is, before anything else, a person who is passionately in love with language.~
W. H. Auden
Anonymous said…
Salam. Saya tak beli Berita Minggu minggu ni, jadi tak dapat nak baca. Di internet pun tak keluar. Sayang sungguh. Apa-apapun tahniah.

Fahd Razy
Wan Nor Azriq said…
Salam sdr lulu dan fahd razy,

Terima kasih banyak-banyak atas ucapan anda.Sokongan anda sangat dihargai :)
saat omar said…
Tahniah tahniah. saya pun dah baca.Keep up the good work kata org putih. kami kawan2 sentiasa menyokong
Anonymous said…
Tahniah!

Lepas ni boleh cuba di MM pula. Siapa tahu, kalau ada rezeki, dapat melekat untuk HSKU. ;-)
Anonymous said…
salam wan,

tahniah. sajak itu hanya pengiystiharan. anda telah pun melangkah ke dunia sastera apabila menulis lagi. saya cuma masih bermain di tepian gelanggang.

tahniah.
Anonymous said…
Tahniah,
saya suka baca sajak tu :) . terkesan.
Wan Nor Azriq said…
terima kasih aidil,abang saat,sdr rahimin dan sdr afiqah atas ucapan anda :)
iDAN said…
2 tahun telah tersiar... tahnia!; puisi sy dulunya pernah tersiar di BM ini tetiba jadi pengap biarpun telah sekitar 3 tahun sy terus berkarya untuk BM.. genre puisi tak satu pun tersiar

Popular Posts