Mutu Sajak Penulis Muda Merosot?
Berikut merupakan reaksi saya kepada tulisan di blog Roslan Jomel yang saya ingin berkongsi dengan pembaca.Roslan tidak membincangkan isu ini secara khusus, tetapi pendapat ringkasnya membuat tangan saya gatal untuk memberikan reaksi:
"Salam sdr Roslan,
Adakah mutu sajak-sajak penulis muda kita merosot? Mungkin ya dan mungkin tidak.Kalau nak ukur dari aspek sajak konvensional (sajak yang berlagu,banyak bunga bahasa dll) saya akan kata banyak sajak berkualiti.Ini kerana sajak yang berlagu itu masih ada peranannya dalam genre puisi kita.Dan puisi tradisional kita memang kebanyakkannya berlagu.Cuma,sajak-sajak ini kadang-kadang membawa emosi yang terlalu banyak sehingga menenggelamkan aspek pemikiran.
Daripada perbincangan kita yang sebelum-belum ini sdr sering menyebut nama Baha Zain dan Muhammad Haji Salleh kerana sdr lebih suka puisi yang memberatkan aspek pemikiran.Saya sendiri suka puisi-puisi mereka,dan juga harap akan ada lebih ramai penyajak muda yang mengikut jejak langkah mereka.Tetapi apabila mengukur mutu sajak, saya tidak menghadkan penilain saya kepada ciri-ciri puisi intelektual.Saya selalu sebut bahawa seni itu halus sifatnya,dan kita tidak boleh bergantung pada satu formula objektif bagi menilai semua karya sastera.Pembaca dan pengkritik yang baik harus tahu menggunakan penilai objektif dan subjektif secara seimbang.Kalau dia terlalu objektif,maka dia akan terperangkap dalam jaring prejudis.Dan kalau dia terlalu subjektif,maka dia akan terjatuh dalam jurang emosi.
Dunia sastera itu memerlukan variasi dalam semua aspek: kreativiti,pemikiran,estetika,bahasa,bentuk,dll.Tanpa variasi,dunia sastera kita tidak akan ada otot bagi bersaing dengan sastera-sastera negara lain.Dan untuk mendapatkan variasi ini,kita mestilah berfikiran terbuka dan tidak menyekat para penulis kita (muda mahupun tua) dengan kriteria-kriteria yang rigid."

Comments
Namun,usaha kita memberi ruang kepada penyajak baru bukan bermakna kita harus memejamkan mata kepada kelemahan mereka.Bukan semua penyajak baru yang membawa kelainan, malah kebanyakkannya meneruskan gaya penulisan yang lama (ala-ala Usman Awang).Tidak salah kalau nak tulis sajak yang berbunga-bunga,tetapi ia mestilah juga kejap dengan pemikiran,dan tidak menjadi curahan emosi kosong semata-mata.
Hakikatnya,adakah sajak penulis muda kita merosot? Seperti yang saya kata, mungkin ya dan mungkin tidak.Ia bergantung kepada kriteria yang kita gunakan untuk menilai.
aku masih baru dalam dunia sajak ini, jadi kiranya besarlah hati aku kalau dapat tunjuk ajar dari kau tentang dunia sajak yang luas ini...
lagi satu, boleh tak kalau aku nak hantar karya sajak aku dan minta komen-komen atau kritikan-kritikan agar ianya dapat dijadikan panduan buat aku nanti...
sekian...
-ni Hazwan, harap kau kenal aku lagi ya-
Buktinya? lihat saja bercambahnya blog2 penulis muda sekarang...saya boleh katakan rata-ratanya mempunyai pemahaman tentang seni, nilai dan kesungguhan yang baik. Contohnya Azriq sendiri..d.an banyak lagi seperti yang kita boleh tgk dalam blog2 orang lain.
Jadi jangan risau...pasti akan ada penulis muda baru yang menyinar nanti insyaalah