Malam Bacaan Puisi Sutong Omar RS
Pergi bersama dua orang sahabat: Aidil Khalid dan Hazwan. Makan dahulu di gerai di sebelah menara DBP. Bicara politik sambil hati berdoa tak akan ada bacaan puisi oleh orang politik. Hati hampa, telinga menderita kerana bukan Pak Samad yang membaca; rupa-rupanya sudah disedia pembuka selera, dan rupa-rupanya memang ada orang politik yang membaca.
Kecewa! Kecewa! Kecewa!
Dengan pembesar suara
Dengan penonton yang gila
Melayan mulut mereka yang hina;
Tidak peduli penyair yang ghairah membaca
Pesanan buat anak bangsa.
Kecewa! Kecewa! Kecewa!
Dengan pembesar suara
Dengan penonton yang gila
Melayan mulut mereka yang hina;
Tidak peduli penyair yang ghairah membaca
Pesanan buat anak bangsa.
Comments
Dan, ya, tentunya kecewa juga sebab salah informasi. Ingatkan Pak Samad yang baca puisi. =)
tu la, dah la ns tomato plak tu...
rugi2...
betul tu dil, x kisah org politik datg, asal dorg x bawa ideologi politik dorang sudah...