Sajak Terbit di Berita Minggu
Setelah begitu lama menanti, akhirnya karya saya berjaya menembusi media arus perdana. Sajak saya berjudul "Nasi Di Dalam Kuali" diterbitkan di akhbar Berita Minggu. Sungguh ironi kerana hampir dua tahun saya giat menulis cerpen untuk Berita Minggu, tapi satu pun tidak keluar. Rupa-rupanya rezeki saya berada dalam puisi, genre pertama saya menulis ketika baru melangkah masuk ke dalam dunia sastera.
Kejayaan ini saya hadiahkan kepada Zaharah Nawawi. Tanpa bimbingannya, saya tidak mungkin menjadi penulis. Dan saya hadiahkan juga kepada sahabat saya, Aidil Khalid, yang telah tekun dan setia membaca sajak-sajak saya. Tidak lama lagi novel pertamanya akan diterbitkan. Saya turut tumpang gembira dengan kejayaan penulis yang sangat prolifik ini.

Comments
boleh lah belanja saya makan whooper burger ;)
~A poet is, before anything else, a person who is passionately in love with language.~
W. H. Auden
Fahd Razy
Terima kasih banyak-banyak atas ucapan anda.Sokongan anda sangat dihargai :)
Lepas ni boleh cuba di MM pula. Siapa tahu, kalau ada rezeki, dapat melekat untuk HSKU. ;-)
tahniah. sajak itu hanya pengiystiharan. anda telah pun melangkah ke dunia sastera apabila menulis lagi. saya cuma masih bermain di tepian gelanggang.
tahniah.
saya suka baca sajak tu :) . terkesan.