Dunia Di Atas Peta: Raklmani
Minggu ini berlangsung Jakarta International Literary Festival. Saya akan berkongsi proses kreatif novel Di Kala Bulan Bermain Biola serta pandangan saya mengenai kewujudan kota imaginasi dalam sastera. Sebenarnya sastera mempunyai pelbagai jenis latar imaginasi, ia tidak semestinya sebuah kota. Ada pulau, ada kampung, malah ada pelbagai jenis planet yang direka oleh penulis. Di bawah saya turunkan deksripsi pulau Raklmani yang dirumuskan oleh Alberto Manguel dalam The Dictionary of Imaginary Places. Manguel menukilkan tempat ini berdasarkan karya Maria Savi-Lopez Leggende del mare. Mudah, ringkas, namun kaya dengan imej dan simbol yang sangat membekas.
RAKLMANI
Sebuah negara terpencil di penghujung lidah lautan, tempat matahri memejamkan mata, dan tempat golongan alim, yang dikenali Raklmani, hidup aman bahagia. Kaum Raklmani menempuh kehidupan suci, mereka hanya makan setahun sekali apabila telur Easter yang telah diberkati, kelihatan terapung-apung di tengah laut luas yang memisahkan mereka dengan tanah besar.
Comments