Antwerp: Supercut Bolano
Bayangkan saudara sedang duduk berdua dengan Roberto Bolano. Bayangkan sebuah panggung wayang. Lantai bersepah dengan kulit kacang dan sisa rokok. Dinding merah. Kerusi Bolano berderik setiap kali dia menyilang kaki. Saudara menanti dengan sabar. Filem berputar. Bolano menjentik putung rokoknya ke udara.
Adakah ini kali pertama saudara membaca Bolano? Tahniah, semoga ini bukan yang terakhir. Jangan risau sekiranya dalam 56 bab novel nipis ini, saudara terdengar suara komentar (mungkin suara Bolano sendiri), atau penonton bertepuk tangan. Bayangkan Antwerp sebagai filem kepengarangan Bolano. Atau bayangkan ia seperti filem Alain Resnais. Bayangkan setiap bab ialah supercut pengarang yang boleh berdiri sendiri, tetapi masih perlu menyentuh dan berpaut antara satu sama lain untuk memberi kesan novel yang menyeluruh.
Bolano sedang menunding ke arah layar - polis mengejar seorang wanita tidak bernama. Bolano memandang saudara, dia sedikit gelisah, mulutnya bercakap tanpa henti. Tetapi saudara tidak dengar apa-apa suara. Saudara mengalihkan perhatian ke layar. Antwerp ialah novel pertama Bolano tulis ketika sedang eksil di Bercelona. Malam bekerja sebagai pengawal keselamatan, siang menulis tanpa henti. Bolano pada masa ini juga masih melihat dirinya sebagai penyair, malah dia tidak bercadang untuk menjadi novelis. Justeru kita boleh faham kenapa bab-bab dalam novel ini pendek belaka,berfragmen, dan mirip bentuk sebuah puisi prosa.
Kalau saudara sudah biasa dengan karya Bolano, saudara akan dapat mengenal pasti imej atau subjek yang bakal digunakan dalam novel-novel seterusnya. Kita lihat terlebih dahulu bab berjudul Fullness of the Wind:
"Twin highways flung across the evening, when everything seems to indicate that memory and finer feelings are kaput, like the rental car of tourist who unknowingly ventures into war zones and never returns, at least not by car, a man who speeds down highways strung across a zone that his mind refuses to as a barrier..."
Meluncur di atas lebuhraya dengan kereta pada waktu senja. Bukankah trope sama boleh ditemui dalam The Savage Detectives dan Last Evening on Earth? Kita boleh anggap riwayat kepengarangan Bolano sebagai road trip yang berterusan. Dia sentiasa mencari bentuk baru, dan seperti seorang beatnik sejati, dia sentiasa mencari sebab untuk menghancurkan dirinya.
Satu lagi trope Bolano ialah jenayah dan penyiasatan. Kita menemui ini dalam bab berjudul A White Handkerchief:
"The cop kneels by the body: with a dejected gestures, he covers his eyes with his left hand. A flock of starling rise. They circle over the policeman's head and then disappear. The policeman goes through the dead man's pockets and piles what he finds on a white handkerchief that he's spread out on the grass. Dark green grass that seems to want to swallow up the white square. Maybe it's the dark old papers that the cop sets on the handkerchief that makes me think this way. I decide to sit for a while. The park benches are white with black wrought-iron legs. A police car comes down the street. It stops. Two cops get out. One of them heads toward where the old cop is crouched, the other waits by the car and lights a cigarette. A while later an ambulance silently appears and parks behind the police car. 'I didn't see anything' ... 'A dead man in the park' ... 'An old cop' ..."
Desas-desus perbualan memenuhi setiap bab novel ini seolah kita sedang mendengar voice-over dalam sebuah filem. Tetapi memori siapakah yang merakam perbualan ini? Bolano? Lelaki bongkok? Polis? Penonton? Atau pembaca?
Saudara boleh juga membayangkan bab-bab pendek Bolano seperti himpunan foto untuk suatu kes jenayah. Tugas pembaca ialah menyusunnya semula untuk mengetahui identiti dan motif pembunuh. Kalau saudara berminat nak tahu pendapat Bolano tentang seni fotografi, saya cadang saudara buka eseinya berjudul Fateful Characters. Di situ Bolano menulis:
"What is clarity in photography? Is it seeing what needs to be seen and not what doesn't? Is it keeping one's eye always open and seeing everything? Is it choosing what to see, making one sees speak? Is it seeking, amid an avalanche of empty images, the thing the eye perceives as beauty? Is it the vain search for beauty?"
Walaupun judul novel ini ialah Antwerp, ia sebenarnya berlaku di Barcelona, terutama sekali di kawasan perkhemahan golongan buruh dan imigran. Kita menemui pengawal keselamatan, polis, pelacur, gadis berambut merah, lelaki bongkok, wanita tidak bernama, penyair, dan Roberto Bolano sendiri. Tidak ada watak yang diberi keutamaan. Hanya lelaki bongkok yang kerap muncul di mana-mana seperti lelaki pendek dalam filem David Lynch. Manusia dalam dunia Bolano sentiasa gelisah, sentiasa tertekan, sentiasa mengalami mimpi ngeri, sentiasa mencari sesuatu dan sentiasa dikejar sesuatu. Mereka juga gemar berjalan di atas pantai seolah mencari ketenangan dan penebusan dosa.
Bolano masih sedang bercakap tentang babak-babak yang melintas di layar. Kita berjalan ke arah pintu keluar. Ketika menoleh belakang, kita melihat tempat duduk Bolano berada begitu jauh. Dia keseorangan seperti seorang budak yang didenda oleh ibu bapanya.

Comments