Hemingway dan Gellhorn

Ernest Hemingway dan isterinya Martha Gellhorn dari filem Hemingway and Gellhorn


Sudah banyak tahun saya tidak membaca karya Ernest Hemingway. Barangkali reputasi kehidupannya sering membuat saya ragu-ragu. Sama juga dengan reputasi rakan sezaman Hemingway iaitu F. Scott Fitzgerald. Atau barangkali saya sudah tidak tertarik dengan gaya penulisan minimalis. Dan penulis yang memilih untuk keluar berjuang di tengah medan politik, berbanding berjuang dari dalam kamar penulisannya sahaja. 

Tetapi seperti Aidil Khalid, saya masih tertarik kepada biografi kehidupan mana-mana penulis. Sebetulnya, saya tidak percaya kepada kewujudan biografi, kerana semua biografi bagi saya adalah fiksyen. Ia adalah penulisan semula kehidupan seorang pengarang. Seperti kehidupan Hemingway dan Gellhorn yang telah dituliskan semula dalam bentuk filem.

Saya suka melihat dua orang penulis yang mendirikan rumahtangga dan konflik yang berlaku antara mereka. Ia jarang kesudahan yang bahagia. Sylvia Plath membunuh diri kerana cemburukan suaminya Ted Hughes. Hemingway bunuh diri. Virginia Woolf pun bunuh diri. Paul Auster bercerai dengan Lydia Davis. Semuanya tragik belaka.


 


Comments

Faiz Zin said…
Salam saudara Azriq,
Saya amat tertarik dengan ulasan-ulasan saudara tentang bahan sastera. Jika saudara punyai masa dan tidak keberatan, saya mahu menjemput saudara menulis atas ihsan saudara untuk laman web cloudfable.com, sebuah laman web yang memaparkan artikel berbentuk pemikiran. Laman web kami ternyata masih kekurangan bahan-bahan sastera sebagai santapan orang ramai dan melalui entri blog saudara, ternyata kualiti sebegini yang diperlukan oleh masyarakat umum.

Terima kasih,
Faiz Zin
cloudfable@gmail.com
Wan Nor Azriq said…
Saudara Faiz,

Terima kasih atas jemputan untuk menulis.

Semoga cloudfable sukses.

Popular Posts