Selepas Turun Dari Perahu Cadik


Mencari yang baharu, bermaksud mencari dahulu yang lama.

Saya tertanya apabila saya membayangkan watak Seno Gumira Ajidarma, Sukab, membawa diri ke laut bersama kekasihnya Hayati: ke manakah dan apakah yang dicarinya? Apakah yang Seno mencari melalui Sukab? Dan apakah sastera Indonesia mencari melalui Seno? 

Sukab pulang akhirnya bersama Hayati membawa seekor ikan besar sebagai tangkapan. Tetapi kita tidak mempedulikan ikan itu. Kita lebih ingin tahu tentang Sukab dan Haryati. Apakah yang terjadi pada mereka?

Lebih penting dari itu, apakah yang terjadi pada Seno selepas dia menulisnya?

Desakan penciptaan sang pengarang itu selalunya menerbangkan dia ke dunia yang jauh dan asing. Apabila dia kembali, dia bukan lagi individu sama. Sastera telah mengubahnya. 

Tetapi ada saja mereka yang tidak pernah berubah walau sejauh mana sastera telah membawa mereka. Kepulangan mereka itu barangkali membawa tangkapan mewah untuk dikongsi, namun perahu yang tertambat di pelabuhan tampak belum matang diasuhi usia.

Dari suara-suara mereka serta cerita yang diusung ke setiap meja kopi dan mimbar perdebatan, ia ternyata kosong dan hambar. Bagai Adam yang pulang kembali ke syurga, dia sudah mati dan hidup semula, untuk mendengar Tuhannya menurunkan perintah yang sama.

Keabadian itu hanya sementara. Lambat laun, sang pemberontak akan jatuh semula ke dunia. 

Cerpen Seno ada di sini

Comments

Popular Posts