Enrique Vila-Matas: Pengembara Mudah
Enrique Vila-Matas. Terkenal dengan novel Bartleby & Co. |
Lebih kurang dua minggu sekali artikel Enrique Vila-Matas akan diterbitkan di akhbar Sepanyol El Pais. Saya selalu menanti tulisannya kerana saya melihatnya penulis terdekat dengan tradisi Borges yang masih hidup. Sebelum ini takhta ini dipegang oleh Roberto Bolano.
Dalam artikel terbaru Enrique, dia menulis tentang pengembara mudah: iaitu mereka yang mengembara tanpa meninggalkan rumah mereka. Pengangkutan mereka ialah buku dan imaginasi minda semata-mata.
Satu cerita menarik yang dikongsi oleh Enrique ialah pertemuan Andre Gide dengan mentornya Stéphane Mallarmé untuk memberikan novelnya berjudul Voyage to Spitzberg. Mallarmé agak terkejut kerana dia sangka pengembaraan ini benar-benar berlaku. Seminggu kemudian, Mallarmé kata kepada Gide, "Celaka, kau buat aku takut saja! Aku memang ingat kau dah mengembara ke sana." Ini ialah komen seorang penyair zaman itu di Perancis yang nampaknya masih keliru tentang perbezaan antara realiti dan fiksyen.
Barangkali kita akan ingat juga pengembaraan imaginasi Edgar Allan Poe yang tidak pernah menjejak kaki di Kutub Utara, tetapi masih dapat menghasilkan karya yang kompleks berjudul The Narrative of Arthur Gordon Pym of Nantucket. Sumber idea Poe hanya buku pengembaraan Jeremiah N. Reynolds, buku terkenal Benjamin Morrell berjudul A Narrative of Four Voyages, dan sudah tentu puisi Coleridge The Rime of the Ancient Mariner.
Tradisi sama diteruskan kemudian oleh H. P. Lovecraft dalam At the Mountain of Madness. Poe sekurang-kurangnya pernah belayar ke England. Lovecraft sebaliknya menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Providence Rhode Island. Tetapi apabila dia mengembara, dia mengembara jauh melepasi sempadan kosmos, dan pulang membawa cerita imaginasi yang menakutkan.

Comments