Sajak Wistawa Szymborska

KEMUNGKINAN

Saya lebih suka wayang filem.
Saya lebih suka kucing.
Saya lebih suka pohon oak di persisiran Warta.
Saya lebih suka Dickens daripada Dostoevsky.
Saya lebih suka diri saya menyukai orang
daripada diri saya menyukai manusia.
Saya lebih suka bersedia dengan jarum dan benang di tangan, untuk sebarang kemungkinan.
Saya lebih suka warna hijau.
Saya lebih suka tidak daripada bertahan
yang daya fikiran mesti dipersalahkan untuk segalanya.
Saya lebih suka pengecualian.
Saya lebih suka keluar awal.
Saya lebih suka berbual dengan doktor tentang hal lain.
Saya lebih suka ilustrasi halus yang lama.
Saya lebih suka keabsurdan menulis puisi
daripada keabsurdan tidak menulis puisi.
Saya lebih suka, apabila bicara tentang cinta, sambutan tidak khusus
yang boleh diraikan setiap hari.
Saya lebih suka sang moralis
yang tidak menjanjikan saya apa-apa.
Saya lebih suka kelicikkan berbudi daripada yang percaya secara melampau.
Saya lebih suka bumi berjubah rakyat.
Saya lebih suka negara yang dijajah daripada negara yang menjajah.
Saya lebih suka mempunyai sedikit simpanan.
Saya lebih suka neraka kekecohan daripada neraka kekuasaan.
Saya lebih suka cerita-cerita dongeng Grimm daripada halaman utama suratkhabar.
Saya lebih daun tanpa bunga daripada bunga tanpa daun.
Saya lebih suka anjing dengan ekor yang seadanya.
Saya lebih suka mata yang cerah, kerana mata saya gelap.
Saya lebih suka laci-laci meja.
Saya lebih suka banyak benda yang saya belum sebutkan di sini
daripada banyak benda yang saya tinggal tanpa kata-kata.
Saya lebih suka nol yang bebas
daripada nol yang bersusun di belakang kod rahsia.
Saya lebih suka riwayat waktu serangga daripada riwayat waktu bintang.
Saya lebih suka mengetuk pada kayu.
Saya lebih suka tidak menanyakan lama mana lagi dan bila.
Saya lebih suka simpan di fikiran yang ada kemungkinan
kewujudan itu mempunyai sebabnya sendiri untuk wujud.

*Wistawa Szymborska berasal dari Poland dan telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1996.

Terjemahan: Wan Nor Azriq

Comments

Popular Posts