The Art of Description

Beberapa tahun yang lalu, ketika mula mengenali buku-buku sastera dunia, saya pernah terpikat dengan gaya penulisan John Steinbeck dalam novel pendeknya Of Mice and Men. Setiap bab dalam buku itu bermula dengan gambaran latar yang, menurut saya ketika itu, sangatlah detail. Ceritanya sahaja pun sudah tragik. Ditambah pulak dengan description latarnya yang kita boleh anggap sebagai picturesque atau realistic. Tetapi pembacaan Steinbeck saya itu berlaku sebelum saya mengenali Flaubert. Chekhov memang sudah mula baca, tapi belum nampak betul-betul kehalusan teknik free-indirect-stylenya itu yang sememangnya, sehingga sekarang, belum ada pencabarnya. Jika description Flaubert itu sering diikat oleh benang-benang ironi, maka benang Chekhov itu ialah benang kemanusiaan. Apabila ia sampai ke tangan Kafka ia dipintal menjadi gaya yang lebih sophisticated dan abstrak: description Kafka itu ibarat jambatan rambut yang bermain antara alam agama dan realiti. Tapi pembaca jarang sekali perasan kehadiran jambatan ini kerana ia sangatlah halus, seperti sukar sekali nak perasan kehalusan gaya deskripsi Flaubert dan Chekhov.

Semalam saya berbual dengan Rebecca Ilham di rumah PENA. Katanya dia sedang membaca Chekhov. Menarik. Dan membimbangkan. Adakah Rebecca akan nampak gaya penulisan Chekhov yang tersembunyi itu? Harap-harap yalah.

"Remember that all description is an opinion about the world" Ann Enright

Comments

Popular Posts