Projek 100 Novel

Saya seorang pembaca novel yang lambat. Novel Salina saya mengambil masa hampir sebulan untuk habis baca. Novel Atheis yang jauh lebih nipis daripada Salina juga saya mengambil masa yang lama untuk habiskan. Hanya novel-novel tertentu,novel yang memang serasi dengan jiwa saya,seperti novel-novel Haruki Murakami, yang saya dapat habiskan dalam masa beberapa minggu. Berbeza dengan cerpen, novel memberikan kita pengalaman pembacaan yang lebih lama dan mendalam; setiap halaman memberikan pengalaman yang berbeza; watak-watak akan mengalami perubahan emosi, suara narator akan bertukar-tukar nadanya, latar mungkin bertukar tempat, dan kita sebagai pembaca turut akan berubah secara psikologi. Ada penulis yang akan membuat kita terus hilang minat selepas membaca beberapa bab atau beberapa helai sehingga kita meletakkan terus buku penulis itu ke tepi. Azmah Nordin dan Henry James antara penulis yang pernah membuat saya rasa begini. Dan tentu sekali ada novelis yang tulisannya apabila sekali baca dah rasa macam kena pukau sehingga memaksa kita untuk baca novel itu tanpa henti. Bila dah habis, ada novel yang kita akan rasa puas dan ada yang rasa kecewa. Novel Ivan Turgenev, Fathers and Sons, ialah antara novel yang paling puas saya pernah baca kerana di hujung novel itu, Turgenev telah berjaya memujuk saya untuk bersimpati dengan Bazarov yang pada mulanya pembaca akan benci kerana falsafah nihilis yang dianutinya. Pembacaan Fathers and Sons secara tidak langsung mempengaruhi saya ketika membaca novel Atheis sehingga saya tidak mendapat kepuasan apabila selesai membaca novel itu. Puas atau tidak puas, suka atau tidak suka, bukanlah ukuran sebuah novel; ia hanya pendapat peribadi pembaca. Namun, kejayaan sesebuah novel untuk memberikan kita kepuasan intelektual dan emosi ialah misteri yang kita sebagai pembaca harus kaji. Socrates sendiri pernah kata, “the unexamined life is not worth living.”

Bagi menyahut seruan Socrates dan juga memenuhi keinginan saya untuk mengatuhi lebih mendalam tentang binaan sebuah novel, saya telah membuat keputusan untuk membaca seratus buah novel. Perlu disebut awal-awal bahawa saya bukan ingin membuat senarai seratus novel terhebat di dunia (tidak akan ada orang yang boleh membuat senarai ini). Novel-novel yang saya akan pilih ialah untuk membantu saya memahami binaan sebuah novel. Saya sudah membuat satu senarai pendek novel-novel yang saya cadang untuk baca, tetapi senarai ini bukanlah muktamad tetapi sekadar memberi panduan kasar.

  1. Ayu Utami. Saman
  2. Albert Camus. The Outsider
  3. Iwan Simatupang. Ziarah
  4. Henry James. Potrait of a Lady
  5. Jane Austen. Emma
  6. Haruki Murakami. After Dark
  7. Banana Yoshimoto. Kitchen
  8. Murasaki Shikibu. Tale of Genji
  9. Gustave Flaubert. Madame Bovary
  10. D. H. Lawrence. Women in Love
  11. Charles Dickens. Bleak House
  12. Leo Tolstoy. Anna Karenina
  13. Herman Melville. Moby Dick
  14. Syed Sheikh Al-Hadi. Hikayat Faridah Hanum
  15. Shahnon Ahmad. Srengenge
Ada novel dalam senarai ini yang saya sudah pernah baca seperti The Outsider dan Madame Bovary. Tetapi saya merasakan novel-novel ini dapat membantu apabila saya membuat perbandingan dengan novel-novel lain yang belum dibaca.

Comments

salam ziarah, azriq.
ke indonesiakah?
Wan Nor Azriq said…
salam abang rendra,

hehe tak lah abang ren.kenapa,nak ajak pergi sana ke? :)
salam azriq.
silap tekaanlah, azriq.he.he.
abg ke riau je tempohari..kot terjumpa azriq. abg ada beli buku Pemikiran Ekonomi(rangkuman teori2 & tokoh2 ekonomi), bahasa Indonesia. Teringat kat azriq, insya-Allah mungkin satu hari nanti azriq boleh rangkumkan teori/pemikiran tokoh2 sastera dunia yang azriq kaji/baca dalam satu buku, dalam bahasa Melayu. wah, tentu menarik! moga berjaya, azriq.
Wan Nor Azriq said…
salam abang rendra,

ya saya ada baca di blog abang tentang abang pergi riau.emmm pemikiran ekonomi,leh abang guna sebagai bahan dalam novel akan datang :)

terima kasih atas cadangan abang itu.ia projek jangka panjang yang saya berminat nak buat suatu hari nanti :)
Anonymous said…
tale of genji & Anna Karenina? good luck then..

Popular Posts