Kembali Ke Jalan Petaling

Kembali ke Jalan Petaling, kembali mencari masa-masa dahulu, kembali mencari diri saya di lorong-lorong manusia kota. Duduk di meja makan melihat pergerakan kaki-kaki manusia, tangan-tangan manusia, mata-mata manusia, yang belum mengenali diri mereka, yang mencari diri mereka, yang membeli diri mereka daripada penjual diri manusia yang tidak mengenali dirinya. Buku Samuel Beckett menjadi seperti peta kepada perjalanan jiwa manusia kota di jalan ini, di jalan petaling, di malam yang sunyi, di malam tanpa cahaya bulan, di malam tanpa hujan. Jalan tetap lembap. Jalan tetap gelap. Jalan tetap bising. Jalan petaling tetap jalan petaling.

Saya akan kembali lagi. Bersama Beckett.

Comments

hasni Jamali said…
salam, hai azriQ...

bukan sahaja ada tubuh manusia di situ, ada juga yang lain datang menyelit. memberi makna lain kepada manusia. dan akhirnya, ada manusia yang tekun menjadi manusia, tidak kurang juga manusia yang berubah menjadi bukan manusia.
jalan petaling jadi saksi, dan manusia juga menjadi saksi, atas perubahan dan pertukaran itu.

ya!
Wan Nor Azriq said…
salam hasni,

wah,begitu poetic cara awak menggambarkan jalan petaling itu yerr :)awak kena tulis sajak selepas ni tentang jalan petaling.

Popular Posts