"Mengapa saya Dipanggil sampah?" Terlalu banyak berfalsafah.
Mengapa saya Dipanggil sampah? (MSDS). Tajuk cerpen Roslan Jomel ini (Al-Islam April 2008) mengemukakan persoalan kepada pembaca seolah-olah Roslan meminta kita memberikan jawapan apabila selesai membaca. Namun, jawapan yang tepat tidak dapat ditemui kerana Roslan terlalu banyak berfalsafah dalam menghidupkan temanya iaitu manusia terasing atau alienation.
Cerpen ini sebenarnya mempunyai beberapa persoalan menarik yang dapat merangsang pemikiran kita. Apabila kita berjalan di tengah kota, kita akan dapat melihat pengemis yang hidup tanpa sebarang hala-tuju. Mengemis di sana sini daripada warga kota yang hanya memandang mereka dengan sinis seperti yang dialami oleh protagonis cerpen Roslan. Mungkin kita akan bertanya, kenapa mereka dilahirkan ke atas dunia ini sekiranya masa depan mereka itu hanya menjadi pengemis yang hina? Adakah adil mereka diberikan ujian berat oleh Allah sementara orang biasa seperti kita boleh hidup senang-lenang tanpa perlu memikirkan soal kewujudan diri? Persoalan seperti ini akan kita temui pada protagonis MSDS yang tidak faham tentang asal-usul kewujudannya. Dia juga mengalami kekeliruan identiti dan jantina kerana dikatakan dirinya sudah"tidak dipenuhi oleh keinginan nafsu syahwat." Roslan turut membahaskan masalah alam sekitar seperti banjir di kota dan kawasan bukit yang diratakan oleh pemaju perumahan. Di sini Roslan memperlihatkan keseriusan pemikirannya sebagai warga kota. Latar kota itu telah menjadi kanvas untuk dia warnakan persoalan falsafah dan kritikan sosial. Namun, mungkin Roslan lupa bahawa cerpen itu tidak mempunyai kanvas yang besar bagi menampung idea-ideanya. Persoalan yang terlalu banyak ini telah memisahkan pembaca daripada tema sebenar cerpen. Akibatnya, plot menjadi longgar dan tidak menarik.
Roslan memulakan plotnya dengan ayat ini: "Di sini saya terasing daripada masyarakat." Konflik "saya" dengan masyarakat merupakan permasalahan awal yang ditimbulkan oleh penulis. Namun, penulis tidak melukiskan dengan berkesan suasana terasing pada perenggan pertama. Sebaliknya, penulis membiarkan protagonisnya beromong-kosong tentang perut kempis, menara keselamatan, dan misi pengintipan antarabangsa.
Perkara yang sama juga timbul pada bahagian-bahagian plotnya yang lain apabila protagonis terlalu banyak berfalsafah. Keinginan protagonis untuk berfalsafah itu tidak salah, kerana tafsiran-tafsirannya pasti sahaja berguna buat kita yang tidak biasa hidup serba miskin di jalanan. Malah, persoalan-persoalan yang sering diajukan protagonis kepada dirinya (seperti "Apakah keuntungannya antara seorang wanita dan seorang lelaki buat saya?") dapat direnungkan bersama pembaca. Namun, persoalan sahaja tidak cukup sekiranya cerita itu sendiri tidak dapat memberikan pengalaman yang estetik. Dalam kata lain, cerita itu sendiri yang harus menimbulkan persoalan kepada pembaca. Misalnya, protagonis cerita ini ada bertanya, "Adakah saya dijadikan oleh Tuhan menyerupai keperibadian malaikat utusan ataupun menyamai seekor binatang semata-mata?" Bagi persoalan seperti ini, penulis sepatutnya melukiskan terlebih dahulu dengan detail dan jelas, suasana yang membawa kepada persoalan itu. Kemudian, setelah pembaca mengalami sendiri pengalaman yang dilalui oleh protagonis, barulah berfalsafah.
Kelemahan teknik falsafah ini juga berpunca daripada penggunaan metafora dan simile yang tidak tepat dan agak kaku. "Kota raya ini seperti dibina dalam sebuah mangkuk mi." Imej mangkuk mi dengan sebuah kota raya itu terlalu jauh beza sehinggakan ia tidak dapat bergabung dengan suasana banjir dan hujan lebat yang diceritakan seterusnya. "Seperti binatang berkaki empat..." Terlalu umum perbandingan ini kerana pelbagai jenis binatang berkaki empat boleh muncul di fikiran pembaca. Bagaimanapun, ada juga metafora yang memang memberikan perbandingan tepat dengan kehidupan protagonis: "Saya adalah makhluk yang hidup menyerupai seekor binatang." Begitulah sikap manusia dari dulu sehingga sekarang; kita sering memandang hina pada orang di bawah, tetapi lupa mensyukuri kelebihan diri sendiri.
Teguran-teguran saya ini tidaklah sama sekali menafikan bakat Roslan sebagai penulis. Idea-idea yang dibawanya itu menampakkan renungan mendalam penulis terhadap kehidupan. Cuma, mungkin Roslan tidak mengenali wataknya dengan erat sehingga dia tidak dapat melukiskan dunia seorang pengemis yang menyakinkan. Sebagai jalan keluar, Roslan menggunakan teknik falsafah yang akhirnya memisahkan pembaca dengan tema manusia terasing.

Comments