Penulisan Kreatif: Suatu Pengembaraan 2

Mengapa saya mengatakan penulisan itu suatu pengembaraan? Ini kerana penulisan itu bukan hobi atau aktiviti masa lapang. Kita menulis, sebagai seorang seniman, kerana ingin mencari kebenaran kehidupan. Ia adalah pengembaraan rohani kita kepada Allah. Kita mencari-cari tujuan kita diciptakan ke atas dunia ini. Kita mencari-cari jawapan kepada ujian yang Allah telah berikan kepada kita. Dan kita mencari-cari jawapan kepada fenomena alam dan masalah sosial yang berlaku di sekeliling kita. Seorang seniman mencari kebenaran melalui seni kerana alam ciptaan Allah ini dapat menceritakan kepadanya tentang kehidupan lebih daripada sains, teknologi, atau masyarakat. Gelanggang seni itu ialah gelanggang dia berfalsafah, dan di gelanggang itu juga dia belajar mengenal Allah. Dia tidak perlu turun ke dalam masyarakat seperti seorang politikus bagi mencari undi kekuasaan . Dia tidak perlu naik ke pentas hiburan seperti seorang badut bagi meminta pujian murahan. Dia hanya perlu menulis, di gelanggang seninya, bagi mencari kebenaran.

Pengembaraan rohani itu seperti berada di tengah padang pasir. Ada waktunya, kita akan mengembara ketika musim kemarau. Idea menjadi kering dan semangat menulis mati akibat kehausan. Tetapi kita harus ingat kemarau hanya sekejap, dan hujan tetap akan datang. Perjalanan mesti diteruskan kerana telaga air berada di depan, bukan di belakang. Destinasi yang ditujui tidak akan sampai kalau kita hanya duduk menanti hujan. Teruskan juga perjalanan kerana hujan pasti akan tiba. Teruskan menulis, setiap hari, kerana karya yang hebat itu akan terhasil. Kita boleh mengawal kekerapan penulisan, tetapi kita tidak boleh mengawal kualiti penulisan.

Comments

saat omar said…
Assalamualaikum Azriq...wah minat haruki ek? haha syabas Azriq..haruki memang sempoi.The Wind Up Bird Chronicles memang syiok membacanya (dan setakat ini hanya itu karyanya yang sempat saya baca)
apa-apa pun tahinah Azriq..teruskan menulis. Saya tak sabar nak baca novel Azriq dipasaran suatu hari nanti Insyaallah.
Wan Nor Azriq said…
This comment has been removed by the author.
Wan Nor Azriq said…
Wslam abang saat. Ya, saya memang meminati karya-karya haruki :) The wind Up Bird Chronicle memang antara karya terbaiknya. Saya cadangkan abang membaca Kafka on the Shore oleh penulis yang sama. Novel ini juga hebat dan menarik.
Terima kasih kerana mendoakan kejayaan saya :)

Popular Posts