Bacaan Pertama Novel Juan Jose Saer
Juan Jose Saer |
"There’s only genre—the novel. It took years to discover this.
There’s only three things in literature: perception, language, and form.
Literature gives form, through language, to specific perceptions. And
that’s it. The only possible form is narration, because the substance of
perception is time." - Juan Jose Saer
Sebuah lagi novel tentang berjalan kaki. Makin kerap saya menemui novel jenis ini. Dan sekali lagi (sebelum Saer, saya membaca Sergio Chejfec) ia ditulis oleh seorang penulis Argentina. Memang sepatutnya pun. Hanya penulis Argentina akan berminat menulis novel yang tidak kelihatan seperti sebuah novel Amerika Latin. Lebih kepada novel Eropah (seperti Chejfec, Saer lebih banyak tinggal di luar negara). Tetapi ia juga bukan novel Eropah secara total, bukan? Kadang-kadang saya lupa yang novel di Argentina itu masih muda usianya. Yalah, kalau nak dibandingkan dengan novel di England dan Perancis, Argentina ternyata baru saja belajar untuk bangun dan berjalan. Namun bukankah novel Argentina telah berjalan sangat jauh berbanding kebanyakan negara sastera di dunia? Hopscotch, tulisan Julio Cortazar, ialah novel yang hebat, tetapi kita tidak jumpa langsung bayangnya dalam novel-novel Cesar Aira dan Andres Neuman.
Barangkali saingan paling kuat buat novel Argentina sekarang ialah novel Hungary. Tempias imaginasi negara kecil dari Eropah Timur ini makin dirasai, terutama sekali selepas kemunculan LĆ”szlĆ³ Krasznahorkai.
Mengenali karya seorang penulis buat pertama kali tidak selalunya mudah. (Saya baru selesai membaca novel Gerald Murnane, dan ternyata, bahasa naratifnya adalah antara paling sukar saya pernah temui.) Setelah meneliti beberapa halaman novel The Sixty-Five Years of Washington, saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan binaat ayat Saer yang panjang dan seperti bertindan antara satu sama lain. Barangkali gaya begini sesuai untuk sebuah novel tentang berjalan kaki, saya terfikir. Saya akan berjalan perlahan bersama Saer hingga ke hujung.
Comments