John Barth Bercakap Tentang Borges & Calvino


"It seems to me that Borges’s narrative geometry, so to speak, is essentially Euclidean. He goes in for rhomboids, quincunxes, and chess logic; even his ubiquitous infinities are of a linear, “Euclidean” sort. In Calvino’s spirals and vertiginous recombinations I see a mischievous element of the non-Euclidean; he shared my admiration, for example, of Boccaccio’s invention of the character Dioneo in the Decameron: The narrative Dionysian wild card who exempts himself from the company’s rules and thus adds a lively element of (constrained) unpredictability to the narrative program. I didn’t have the opportunity to speak with Calvino about quantum mechanics and chaos theory, but my strong sense is that he would have regarded them as metaphorically rich and appealing."

John Barth menamakan judul eseinya tentang Borges dan Calvino sebagai The Paralles. Tetapi, saya terfikir, kenapa hubungan paralel itu terhad antara mereka berdua saja? Kalau Borges itu Euclidean sifatnya, bukankah Georges Perec juga mempunyai sifat sama? Atau bagaimana pula dengan Raymond Roussel? Tidak dinafikan - kalau kita ingin membayangkan kumpulan penulis ini sebagai sebuah perpustakaan - Borges dan Calvino adalah tangga dan tiang utama kepada sastera di masa depan. Mahu atau tidak, kita akan terpaksa melintas legasi yang mereka tinggalkan. Namun, dan saya terfikir lagi, mengapa mesti ikut tangga utama saja kalau ada di kalangan mereka (iaitu mereka yang selalunya dilupakan) yang telah menemui tangga belakang? Atau mengapa tidak kita masuk melalui laluan rahsia di belakang dinding atau rak buku? Saya suka laluan rahsia kerana ia lebih menakutkan untuk diterokai. Atau kerana saya jemu mengikut mereka di atas tangga utama?

Artikel penuh John Barth ada di sini

   
 

Comments

Popular Posts