Puisi untuk Puisi


l'art pour l'art

(sajak T. Alias Taib)


There neither exists nor can exist any work
more thoroughly dignified... than the poem
which is a poem and nothing more - the
poem written solely for the poem's sake
- Edgar Allan Poe

laut di dalam dirinya laut seni
arus laut itu arus indah
menyeret perasaannya hingga ke tengah

di tengah laut dirinya
terapung gautier, baudelaire dan wilde
mengibarkan doktrin "seni untuk seni"

dia penyair tulen penulis puisi tulen
puisinya bukan untuk semua orang
tidak semua orang memahami puisinya

penyair tulen ialah pengagum estetika
kerana politik tidak nilai estetika
dan tidak menulis tentang politik

penyair tulen ialah pencipta kemurniaan
kerana didaktik tidak bersifat murni
dia tidak menulis tentang didaktik

penyair tulen ialah pemuja kejujuran
kerana dalam kejujuran ada keindahan
maka dia menulis tentang kejujuran

laut di dalam dirinya laut mengelombang
gelombang memukul dirinya tidak berhenti
dia pun hanyut di laut dirinya tidak bertepi.

Comments

Shaira Amira said…
dari mana kamu petik sajak ni? saya nak cari bukunya
Wan Nor Azriq said…
dari buku "Pasar Pengalaman" terbitan dbp tahun 2004.emmm,sajak ni memang ada dalam buku itu,tapi ia bukanlah koleksi sajak terbaik T.Alias Taib.Buku terbaiknya ialah "Pyramid."tapi ini buku lama,mungkin susah nak cari.

sekadar cadangan

Popular Posts