Bakat Alam Sahaja Tidak Cukup

Ini merupakan reaksi saya terhadap komen sdr Ilham Ainol:

"Betul apa yang sdr ainol sebutkan tentang soal penghayatan itu.Seorang penulis perlu mentafsir bukan sahaja alam di sekelilingnya tapi juga memahami diri sendiri.Sumber ilham memang datang dari dalam diri sang penulis.

Namun,kalau seorang penulis hanya bergantung kepada bakat alam,maka kebolehan dia mentafsir kehidupan akan menjadi terbatas.Dan sebagai seorang seniman,kita ingin menyampaikan kepada pembaca misteri kehidupan secara yang paling indah agar mereka dapat lebih menghayatinya dan pada masa yang sama bermunajat atau muhasabah diri.Perkara ini tidak boleh dilakukan sekiranya penulis hanya bergantung kepada bakat alam.Dia mesti mempelajari segala seni penulisan yang telah dilakukan oleh penulis-penulis sebelumnya.Adakah dia akan terpengaruh? Ya,itu yang kita nak.Tidak ada sasterawan hebat di dunia ini yang menulis daripada kekosongan.Dia menginovasikan teknik penulisan orang sebelumnya dan menulis mengikut suara hati sendiri.

Penulis yang malas membaca hanyalah penulis jalanan.Dia bukan lagi sasterawan yang sebenar."

Comments

Popular Posts