Nasihat Muhammad Haji Salleh

Dalam Utusan Malaysia (Isnin 30 Jun 2008) baru-baru ini, Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh telah memberi nasihat yang saya ingin kongsi dengan pembaca:

"... kita (penulis) haruslah menulis sebanyak mungkin karya sastera. Daripada situ, mana tahu akan muncul karya-karya hebat seperti Hikayat Hang Tuah atau Sulatus Salatin. Bangsa yang tidak menulis dalam jumlah yang banyak tidak akan wujud di pentas dunia."

Menurutnya lagi:

"Kita mahu melahirkan karya-karya seperti yang dihasilkan oleh Thoma Mann, Po Chu-I, Murasaki Shikibu, atau Dostoevsky kerana pencapaian seni dan pemikiran mereka yang tinggi. Pemikiran ini mampu membuat kita merenung jauh ke dalam diri dan takdir dalam masyarakat manusia."

Mencipta karya yang unggul seharusnya menjadi matlamat setiap sasterawan di negara kita. Nasihat Prof. Muhammad sangatlah bertepatan dengan aspirasi keunggulan ini. Dan untuk mencipta sebuah teks sastera yang unggul, kita mestilah mempelajari dari segala sumber yang ada.

Comments

mohamadkholid said…
nasihat yang sekaligus mencabar...
ilham ainol said…
salam kenal sdr,

usah dicari sana-sini,mungkin ada dalam nubari!

usah banyak bertanya,perbanyakkan penghayatan dan pengamatan:kata-kata Rabiatul Al-Adawiyah...
Wan Nor Azriq said…
Salam abang kholid,dan sdr ilham ainol,

Ya betul abang,memang nasihat yang mencabar buat kita.

Betul apa yang sdr ainol sebutkan tentang soal penghayatan itu.Seorang penulis perlu mentafsir bukan sahaja alam di sekelilingnya tapi juga memahami diri sendiri.Sumber ilham memang datang dari dalam diri sang penulis.

Namun,kalau seorang penulis hanya bergantung kepada bakat alam,maka kebolehan dia mentafsir kehidupan akan menjadi terbatas.Dan sebagai seorang seniman,kita ingin menyampaikan kepada pembaca misteri kehidupan secara yang paling indah agar mereka dapat lebih menghayatinya dan pada masa yang sama bermunajat atau muhasabah diri.Perkara ini tidak boleh dilakukan sekiranya penulis hanya bergantung kepada bakat alam.Dia mesti mempelajari segala seni penulisan yang telah dilakukan oleh penulis-penulis sebelumnya.Adakah dia akan terpengaruh? Ya,itu yang kita nak.Tidak ada sasterawan hebat di dunia ini yang menulis daripada kekosongan.Dia menginovasikan teknik penulisan orang sebelumnya dan menulis mengikut suara hati sendiri.

Penulis yang malas membaca hanyalah penulis jalanan.Dia bukan lagi sasterawan yang sebenar.
fadz said…
ya, sangat terkesan dengan luahan Prof. Muhammad.

Popular Posts