Memancing Puisi


Setiap hari saya melihat malam di luar jendela kamar. Begitu banyak inspirasi buat pena yang sepi. Saya hamparkan tilam buat malam untuk bermimpi bersama. Tapi dia tidak datang selalu buat penulis muda ini yang baru belajar memasang umpan bagi memancing puisi.

Comments

anis sarah said…
salah satu cara mencari ilham puisi adalah menyelam ke dalam kamus...
saat omar said…
ni antara puisi kegemaran saya untuk dikongsi bersama.
Puisi oleh Tu Fu salah seorang penyair besar China bertajuk Kepulangan.

Aku hanya debu berterbangan,
dalam alam murka
hanya takdir yang lanjut menghidupkannya,
pada pintu pagar penuh wajah-wajah,
yang mesra,
merintih dan menitiskan airmata,
Ditengah malam kami nyalakan lilin baru,
Dan merenungi sesama sendiri seperti bermimpi.
Ilham Ainol said…
salam sdr..Ilham Ainol singgah setagal...saya suka cara sdr menitipkan luahan rasa yang jernih dan berjejak...tapi jangan lupa kalau tidur berhamparkan malam,takut nanti digigit 'embun' dan 'kutu dini'...hehehee..temu saya di www.ainolhasanal.blogspot.com or di esastera.com...nama pena ilhamainol123
Wan Nor Azriq said…
Terima kasih anis sarah,abang saat, dan sdr ainol atas komen anda.
Memang indah puisi oleh Tu Fu.

Popular Posts