Cerpen Dalam Al-Islam Ogos


Cerpen yang berjudul Tuan Menteri ditulis pada hari pertama saya menghadiri program Minggu Penulis Remaja 2007 di menara DBP. Saya sedang duduk di lobi DBP dan mula teringat salah satu babak menarik dalam filem Babel. Seorang pengembala kambing di Moroco telah disoal-siasat oleh pihak polis dengan cara yang agresif. Dia ditumbuk, dipijak dan diterajang kerana dituduh menembak bas pelancong sehingga mencederakan seorang wanita Amerika (yang dilakonkan oleh Cate Blanchett). Hakikat sebenarnya, bas pelancong itu ditembak dua orang budak lelaki yang sahaja ingin mencuba senapang yang baru dibeli oleh ayah mereka. Filem ini sememangnya menjadi inspirasi besar kepada penghasilan cerpen Tuan Menteri. Rakan penulis yang ada bersama saya di lobi ketika itu ialah Anis Sarah, tapi rasanya dia tidak perasan yang saya sedang menulis cerpen.

Draf awal cerpen ini dibaca oleh beberapa orang rakan penulis. Salah seorangnya ialah Aidil Khalid. Dia suka draf awal saya dan memberikan tafsiran yang saya sendiri tidak sangka. Katanya, cerpen ini mengkritik sistem ISA dan juga seorang mantan menteri kita yang terlibat dengan skandal seks. Tafsiran Aidil ada kebenarannya, dan saya sendiri tidak menolaknya. Pembaca ada kuasa untuk membawa pengalaman mereka ke dalam teks, dan ini akan memberikan penilitian yang lebih menarik ke atas sesebuah teks sastera. Ketika draf awal ini siap, saya belum dengar tentang ruangan cerpen yang diwujudkan kembali oleh pihak Al-Islam. Aidil mencadangkan bahawa cerpen ini patut dihantar ke majalah I yang memang meminati isu-isu kontroversi. Saya tidak ikut nasihat Aidil, dan cerpen ini disimpan di dalam laci. Cerpen ini hanya dihantar setelah diedit semula selepas berakhirnya PRU.

Jutaan terima kasih buat rakan-rakan penulis yang telah membantu dalam penghasilan cerpen ini.

Comments

anis sarah said…
Tahniah dengan penerbitan cerpen tu. Saya perasan sebenarnya, tapi tak nak ganggu aliran ilham awak :) Rasanya filem tu berjudul 'Babel', kan?
Wan Nor Azriq said…
Terima kasih sarah, yup tajuknya Babel :)
Aidil Khalid said…
Nasib baik tak hantar ke Majalah I. Kalau tidak, entah bila-bilalah pula agaknya ceknya sampai. Dua tiga tahun lagi, mungkin. Hehe.

Apa-apa pun, tahniah!
Lulu said…
Nampaknya dalam Al-Islam bulan ogos ni ada sesuatu yang menarik dan rasanya perlu untuk saudara Azriq baca ;)

Anyway, tahniah~
Hafizul said…
salam! aku tak baca lagi cerpen hang!xpa jgn risau! ada masa aku baca!

Popular Posts