Mimpi Dalam Sejarah Imaginasi Manusia

The Artist’s Dream (1840), oleh George H. Comegys


Malam yang meninggi beransur melucutkan dirinya
dari pelukan waktu
di saat mimpi mengganggu tidurmu
atau mengembalikan khayalan siang
                                                    - Baha Zain

Aku tak pernah tidur. Aku hidup dan mimpi; atau sebenarnya, aku mimpi dalam hidup dan dalam tidur yang juga adalah kehidupan.
                                                    - Fernando Pessoa


Mimpi ialah alam yang telah mempesonakan imaginasi manusia dari dulu hingga sekarang. Hikayat Seribu Satu Malam bukan sahaja  kisah dongeng dan fantasi, tetapi juga bekalan mimpi kepada seorang sultan. Sama seperti kisah dongeng Aesop, saya membaca Hikayat Seribu Satu Malam sebelum tidur ketika saya masih budak. Perasaannya lebih seronok untuk membayangkan Ali Baba atau Aladin sebagai dunia asing dan ajaib dan terpisah daripada kehidupan harian saya di Alor Setar. Tetapi mimpi bukan kisah pengembaraan semata-mata; mimpi juga mengandungi hantu dan emosi-emosi manusia yang terpendam. Lukisan dan ilustrasi yang saya kongsikan di bawah memberi kita gambaran bagaimana mimpi telah mencetuskan pelbagai tafsiran imaginasi sepanjang sejarah manusia. Menjelang abad ke-20, dengan perkembangan teori psikologi dan gerakan surealis di Eropah, kita melihat mimpi mula menjelma dalam tulisan sastera. Termasuk di negara kita, seperti gerakan penyair kabur dan puisi-puisi bawah sedar Suhaimi Haji Muhammad.   


The Nightmare, oleh Henry Fuseli (1781)


El sueƱo del caballero, atau The Knight’s Dream (1655) oleh Antonio de Pereda


Yume no ukihashi, atau The Bridge of Dreams (1854), oleh Utagawa Toyokuni 



A Nightmare (19th century), oleh E. Vavasseur 



The Soldiers Dream of Home (1861), pelukis tak diketahui



Tatiana Larina’s dream (1891), oleh Ivan Volkov



Tako to ama, atau The Dream of the Fisherman’s Wife (1814), lukisan erotik oleh Hokusai


Dream Vision; A Nightmare (1525), oleh Albrecht DĆ¼rer


Lakaran warna air oleh Albrecht Durer ini datang daripada mimpi yang dialaminya sendiri. Beliau mencatat pengalaman tersebut dalam lakaran yang kita lihat di atas: 

"In 1525, during the night between Wednesday and Thursday after Whitsuntide, I had this vision in my sleep, and saw how many great waters fell from heaven. The first struck the ground about four miles away from me with such a terrible force, enormous noise and splashing that it drowned the entire countryside. I was so greatly shocked at this that I awoke before the cloudburst. And the ensuing downpour was huge. Some of the waters fell some distance away and some close by. And they came from such a height that they seemed to fall at an equally slow pace. But the very first water that hit the ground so suddenly had fallen at such velocity, and was accompanied by wind and roaring so frightening, that when I awoke my whole body trembled and I could not recover for a long time. When I arose in the morning, I painted the above as I had seen it. May the Lord turn all things to the best." 





Comments

Popular Posts