John Banville Bercakap Tentang John Banville
John Banville |
Saya kutip ini dari wawancara John Banville dengan Independent. ie. Sekali lagi ia adalah kes klasik puisi Borges & Borges: seorang penulis menceritakan hubungan baik dan buruk dengan bayang atau kembarnya, yang tidak dapat dibezakan oleh penulis itu sendiri, mahupun pembaca yang mengenali karya atau kehidupan peribadinya.
John Banville bukan sekadar ada kembar bernama John Banville, tetapi dia juga ada Benjamin Black yang kerjanya ialah menulis novel misteri. Setiap penulis, saya kira, membawa hantu masing-masing di dalam saku seluar mereka. Sebaik saja satu novel disiapkan, satu hantu akan dilepaskan ke dalam buku itu sebagai juru bicara dengan pembaca. Dan ia akan berulang dengan novel seterusnya... dan seterusnya... hingga tidak ada lagi hantu untuk dipanggil keluar.
"When I stand up from my desk, he ceases to exist. The person you see here is not the person who wrote the books. When I sit down I become John Banville, when I stand up . . . sometimes I don't understand what I've written, I don't remember what I've written the next day. It's a state like being asleep. You're not really yourself when you're dreaming."
Berbanding orang Inggeris, sastera Ireland selalu kelihatan lebih Eropah. Mungkin kerana orang Ireland tidak dibebani oleh dosa tradisi yang panjang. Mereka tidak ada hantu bernama Dickens dan Austen tersembunyi di celah kuku-kuku jari mereka. Seperti kata Banville sendiri, "Sastera Ireland ialah ambiguiti."
Wawancara penuh ada di sini.
Comments