Susan Sontag: Membakar Prosa
Susan Sontag: berfikir melalui prosa |
Sekiranya Susan Sontag berfikir melalui puisi, dia tidak akan menjadi pemikir... sekiranya Susan Sontag berfikir melalui falsafah, dia tidak akan menjadi pemikir... sekiranya Susan Sontag berfikir melalui filem... dia tidak akan menjadi pemikir... sekiranya Susan Sontag berfikir melalui Susan Sontag sekalipun, dia masih tidak akan menjadi pemikir... Susan Sontag hanya menjadi pemikir apabila Susan Sontag berfikir melalui prosa.
Ingat; perkataan di sini ialah prosa. Bukan fiksyen. Sesiapa boleh dipaksa menulis fiksyen. Budak lapan tahun boleh tulis fiksyen (dan ceritanya masih boleh diterbitkan; kerana cerita ada nilai komersil). Tetapi menulis prosa memerlukan pena yang boleh meniti tali antara dua puncak gunung.
Susan Sontag menulis ini dalam diarinya pada tahun 1977:
Starting tomorrow — if not today:
I will get up every morning no later than eight. (Can break this rule once a week.)
I will have lunch only with Roger [Straus]. (‘No, I don’t go out for lunch.’ Can break this rule once every two weeks.)
I will write in the Notebook every day. (Model: Lichtenberg’s Waste Books.)
I will tell people not to call in the morning, or not answer the phone.
I will try to confine my reading to the evening. (I read too much — as an escape from writing.)
I will answer letters once a week. (Friday? — I have to go to the hospital anyway.)
Saya selalu takut membaca tulisan Sontag kerana dia akan memilih bentuk yang risiko bagi membawa prosanya. Dia macam saja ingin membuat kontroversi; saja ingin nampak narcissistic; saja ingin nampak intelektual. Tetapi ibarat sebuah rumah terbakar, kita berkumpul dalam keramaian untuk melihatnya. Kita hanya berdiri - kita hanya melihat - kerana dari jauh pun sudah rasa seperti kita akan menyala.
Comments