Star (Adam Zagajewski)

STAR

I returned to you years later,
gray and lovely city,
unchanging city
buried in the waters of the past.

I'm no longer the student
of philosophy, poetry, and curiosity,
I'm not the young poet who wrote
too many lines

and wandered in the maze
of narrow streets and illusions.
The sovereign of clocks and shadows
has touched my brow with his hand,

but still I'm guided by
a star by brightness
and only brightness
can undo or save me.

(diterjemah oleh Clare Cavanagh)

Robert Frost pernah menyebut bahawa sebuah puisi hilang dalam terjemahan. Tapi adakah semua nilai estetika sebuah puisi itu hilang? Cuba anda baca puisi di atas,makna dan imejan yang dilukiskan oleh Adam Zagajewski masih sampai kepada kita. Nilai estetika yang hilang di sini hanya rima dan bunyi asalnya. Tapi keindahan puisi ini masih boleh dirasai. Sama juga apabila kita membaca puisi dari China dan Jepun. Kekuatan imejan yang terdapat dalam puisi Du Fu atau haiku Buson sangat jelas dan indah. Puisi Inggeris, yang sangat dikawal oleh meter dan rima, masih dapat mempengaruhi penulis luar walaupun selepas diterjemahkan. Kita boleh lihat sahaja pengaruh Emily Dickinson ke atas Chairil Anwar yang datang dari benua dan zaman yang sangat jauh berbeza.

Semua puisi Adam Zagajewski ditulis dalam bahasa Poland, tapi pengaruhnya telah melepasi sempadan Eropah dan berlabuh di pelabuhan puisi Amerika. Zagajewski ialah generasi penyair selepas Czeslaw Milosz dan Wislawa Szymborska. Seperti mereka, Zagajewski ialah seorang penyair metropolitan. Dalam puisi di atas, Zagajewski meneruskan subjek utama kepenyairannya iaitu hubungan manusia kota dengan sejarah; atau lebih spesifik hubungan orang Poland dengan sejarah. Kritikan sosial Zagajewski tidak pernah bersifat propaganda, tapi sebaliknya Zagajewski menggunakan manusia kota dan latar zaman pascapeperangan sebagai medium untuk dia menggali misteri kehidupan. Imej yang dipilih oleh Zagajewski sangat tepat dan segar dan paling penting ia digambarkan dengan bentuk bahasa yang ringkas. Seperti kebanyakkan penyair Poland, Zagajewski tidak berminat dengan retorik puisi yang berlebihan. Pengaruh penulisan puisi seperti ini turut boleh dilihat dalam puisi Charles Simic yang banyak menterjemahkan puisi dari Eropah Timur. Setiap kali saya habis membaca puisi Zagajewski, saya rasa ada satu makna yang menyepikan dirinya seolah-olah dunia yang diciptanya sangat sunyi dan tidak dapat bersuara. Apabila kita masuk ke dalam puisinya kita masuk ke dalam sebuah kota yang sunyi, dan di akhir pembacaan, dia meninggalkan kita keseorangan dalam kota itu.

Comments

roslan jomel said…
Aku dah meronda kat Kinokuniya. Tak jumpa pun buku puisi dia.

Puisi ini begitu mudah. Terkawal. Emosinya dilembutkan oleh bahasa yang menyampaikan maksudnya secara refleks.

Tiada kerahan untuk memaksa puisinya mengajar pembaca.
Wan Nor Azriq said…
Dua buku dia dekat Kino aku sudah beli :)

Popular Posts