Pembacaan Sempit Puan Ainon
Pembaca yang dihormati, saya membaca untuk membaca diri saya; saya membaca diri saya dengan membaca watak dan penulis yang saya baca. Kita membaca minda kita dengan membaca minda manusia lain. Minda manusia ialah minda yang universal. Dan minda yang universal ialah minda yang sudah mengenali dirinya, mengenali kelemahannya, dan mengenali bahawa ia dilahirkan dengan serba tidak sempurna dan bergantung kepada manusia lain bagi melengkapkan kewujudannya.
Semua manusia dilahirkan sebagai manusia bijaksana. Tapi hanya manusia genius yang mampu mengungkapkan kebijaksanaannya kepada seluruh dunia. Suara mereka bukan suara budaya, suara mereka bukan suara bangsa, suara mereka bukan suara negara, dan suara mereka bukan suara politik. Suara mereka ialah suara kita. Shakespeare, Cervantes, Goethe, dan Emerson ialah antara suara-suara itu. Tapi dalam membaca karya-karya mereka, kita mestilah terlebih dahulu belajar untuk mendengar diri kita, kita mestilah terlebih dahulu belajar untuk meletakkan suara-suara ideologi di luar pintu hati, kita mestilah terlebih dahulu belajar untuk membenarkan diri kita menjadi diri mereka. Sekiranya kita membawa sentimen politik ke dalam pembacaan kita, maka kita akan gagal menjadi pembaca mereka. Hal ini telah berlaku kepada salah seorang pemikir bahasa kita iaitu Puan Ainon Mohd ketika membaca Don Quixote.
"Don Kisot adalah kesatria yang otaknya 'salah zaman'. Dia memakai baju besi kerana menyangka dia dapat melindungi dirinya daripada tusukan tajam pedang lawan. Sesungguhnya baju besinya itu menyebabkan dia tidak dapat bergerak bebas. Di dalam kurungan baju besinya itu dia merasa selamat, padahal dia serba payah sampai terhengah-hengah."
Kemudian Puan Ainon menambah lagi:
"UMNO adalah Don-Don Kisot Melayu. Sekarang ini zaman pendidikan sains dan matematik dalam bahasa-bahasa ibunda tetapi UMNO masih mahukan bahasa pejajah (baju besi)."
Kata-kata Puan Ainon saya kutip daripada http://www.universitipts.com/index.php/site/comments/don_quixote/
Saya tidak mempersoalkan ideologi politik Puan Ainon; kalau parti yang dikritiknya itu bukan UMNO saya masih akan menulis entri ini. Saya mempersoalkan pembacaan Puan Ainon yang bukan sahaja gagal menjadi pembaca Don Quixote, tapi telah menyalahgunakannya untuk kepentingan politik. Kalau Puan Ainon atau mana-mana pemikir dan penulis di negara ini ingin memperjuangkan bahasa, silakan, itu adalah hak anda. Saya cuma ingin mengingatkan bahawa kita tidak boleh mengabaikan kebijaksanaan kita dalam menilai manusia lain, terutama sekali karya sastera seorang penulis, hanya untuk menghalalkan perjuangan politik kita. Kebijaksanaan ialah mereka yang tahu dirinya tidak sempurna dan dengan itu belajar menghargai kebijaksanaan manusia lain.

Comments
kadang2 Pn. Ainon mudah tenggelam dalam sentimennya...
Dr. Arbak Othman pernah menyebut pernyataan di bawah ketika menjelaskan tentang pemahaman terhadap karya. Menurut beliau, setiap kata yang dibaca dalam sebuah puisi (karya kreatif) harus dibaca dalam tiga tahap:
tahap pertama: kata dibaca dengan maksud bahasa
tahap kedua : kata dibaca dengan maksud perlambangan/metafora
tahap ketiga : kata dibaca dengan maksud tafsiran
Saya kira, pemahaman ini juga boleh dipakai dalam genre-genre penulisan yang lain.
Mungkin sahaja pembacaan Puan Ainon terhadap kata Don Kisot itu tidak sama tahapnya dengan pembacaan Don Quixote Sdr. Azriq. Apatah lagi, saya fikir mungkin sahaja maksud tulisan Puan Ainon itu bernada bukan cereka berbanding Don Quixote yang dibaca dalam konteks sastera. Ya, begitulah pemahaman saya.
Saya fikir, nasib malang pembacaan Don Kisot/Quixote ini juga pernah turut menimpa Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai Malang dan rakan-rakan yang bersekutu dengan mereka.