Shahnon Ahmad

Mencari puisi yang bagus lebih mudah daripada mencari novel yang bagus. Saya hanya perlu membuka buku Muhammad Haji Salleh atau Baha Zain, dan saya akan jumpa puisi yang boleh mengajar saya untuk membaca diri saya. Tapi novel susah; tidak ada banyak yang betul-betul tinggi nilai estetikanya di negara ini. Setakat ini, dalam usia muda saya, hanya novel Shahnon Ahmad yang saya boleh baca dan di akhir pembacaan kata "ini seorang penulis Melayu yang dunia fiksyennya mempunyai nilai kemanusiaan." Novelis lain pun ada nilai ini, tapi tidak kuat; terlalu banyak sentimen politik kebangsaan dan kenegaraan yang disumbat masuk sehingga kita tidak boleh dengar suara hati penulis. Apabila hilang suara penulis, hilanglah suara manusia yang menulisnya, dan apabila hilang suara manusia maka hilanglah suara kehidupan yang bersuara untuk semua manusia. Shahnon sendiri pun ada waktu terlalu ghairah dengan nafsu politiknya sehingga menghasilkan beberapa novel yang lemah. Tapi di kemuncak kegeniusannya, kita mendapat Ranjau Sepanjang Jalan dan Tunggul-Tunggul Gerigis. Desa Shahnon Ahmad ialah desa semua manusia seperti Yoknapatawpha Faulkner ialah Yoknapatawpha semua manusia. Seorang manusia genius sememangnya mewakili setiap manusia kerana kita menemui diri kita dalam kegeniusannya.


Comments

MARSLI N.O said…
Salam. Saya baru menemui blog ini lewat blog Fadli. Tahniah dan saya akan datang membaca lagi kerana kandungannya yang memikat.

Marsli N.O
Wan Nor Azriq said…
Terima kasih Encik Marsli N.O kerana mengunjungi blog saya.

Popular Posts