Pemimpin Agung
Menjawab soalan saudara Lutfi:
Pemimpin yang paling agung di dunia ini ialah pemimpin yang memimpin dirinya sendiri. Seorang manusia tidak perlu menjadi Napoleon atau Ceasar atau Sukarno untuk menjadi pemimpin agung di dunia ini. Lihat sahaja sumbangan penulis hebat seperti Shakespeare dan Cervantes. Dengan hanya sentuhan pena mereka boleh memimpin seluruh manusia sejagat merentasi sejarah dan budaya. Sama juga dengan para pemimpin agama iaitu Nabi Muhammad, Jesus, dan Buddha. Suara mereka ialah suara kita dan suara mereka ialah suara kemanusiaan.
Suara kemanusiaan ialah suara yang memimpin jiwa manusia. Suara politik ialah suara yang memerintah jiwa manusia.
"Divide and rule, the politician cries; unite and lead, is watchword of the wise." (Goethe)
Saya percaya manusia dilahirkan untuk menjadi pemimpin (atau khalifah) di dunia ini. Saya percaya manusia mampu menjadi tangan yang menghayunkan tukul ke dalam jiwa manusia lain. Saya percaya manusia mempunyai hak untuk menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri kerana diri yang dipimpin dalam dirinya ialah diri setiap manusia di dunia ini.

Comments