Chekhov dan Tradisi Penulisan Cerpen
Seseorang yang pernah membaca cerpen dan kemudian mengambil keputusan untuk menulis cerpen, tidak dapat mengelak daripada terhutang budi dengan Anton Chekhov. Penulis itu mungkin tidak pernah membaca cerpen Anton Chekhov, tapi pembacaannya melalui cerpen-cerpen penulis lain sudah cukup untuk dia dipengaruhi oleh Chekhov.
A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati, Khadijah Hashim, AnwarRidhwan, dan Mawar Shafie ialah antara beberapa nama yang datang daripada tradisi penulisan jenis Chekhovian. Shahnon Ahmad ialah salah seorang cerpenis kita yang memang ada pengaruh Chekhov. Dalam Lagu Kitkitkit atau Igau peristiwa yang digambarkan sangat mudah seolah-olah tidak ada cerita dari mula sampai akhir. Shahnon membawa kita ke dalam psikologi wataknya sama ada melalui teknik aliran kesedaran dalam Igau atau melaui kaca mata seorang kanak-kanak dalam Lagu Kitkitkit.
Perbezaan yang paling nyata antara Shahnon dan Chekhov ialah kehadiran penulis dalam cerita. Dalam kebayakkan cerpen Shahnon (dan juga novelnya), kita merasakan kewujudan Shahnon dalam cerita disebabkan style Shahnon yang sangat jelas; terutama sekali dalam cerpen-cerpennya yang terkemudian seperti Tonil Purbawara dan Gunung. Ini bukanlah suatu kelemahan kerana penulis yang memang berbakat dari segi gaya bahasa masih dapat menyampaikan cerita yang menarik. Ironinya, penulis style seperti Shahnon Ahmad, Henry James, John Updike, dll selalu memberi penekanan kepada pembinaan watak dalam karya mereka, tapi mereka bukanlah pencipta watak yang paling berbakat. Jumlah watak menarik yang dicipta oleh mereka sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan Charles Dickens atau Jane Austen apatah lagi Shakespeare.
Buku yang anda lihat dalam gambar itu dibeli sekitar tahun 2007. Sehingga hari ini saya masih merujuk kepada cerpen-cerpen Chekhov. Setiap pembacaan ialah suatu pengalaman baru buat saya. Cerpennya yang terbaik iaitu The Lady with the Dog saya anggap seperti seorang guru dan pengajarannya tidak pernah berhenti bila-bila pun saya mendampinginya. Protagonis cerpen ini, Gurov, digambarkan oleh Chekhov dengan begitu tersirat dan lincin seperti kain sutera yang melintas sekejap dalam minda kita tapi kesannya itu kita akan terus ingat. Gurov ialah pada sama roh Flaubert yang dihidupkan semula oleh Chekhov dan melalui kaca mata Gurov kita melihat apa yang dia ingin lihat dan apa yang dia ingin buat; bukan apa yang Chekhov ingin kita lihat. Apbila Gurov memotong buah tembikai selepas melakukan seks dengan Anna Sergeyevna untuk sahaja mebiarkan masa berjalan, kita tahu itu ialah peribadinya. Apabila Gurov berbual dengan Anna di tangga teater dan dilihatnya dua orang budak sekolah sedang menghisap rokok sambil memerhatikan mereka, kita tahu itu ialah peribadinya. Chekhov telah belajar daripada Flaubert iaitu untuk menjadi seorang penulis, kehadiran penulis mesti tidak boleh dirasai oleh pembaca. Apa yang perlu dirasai oleh pembaca ialah pengalaman watak dan persepsi hidup mereka. Dan inilah genius Anton Chekhov; dalam cerpen-cerpennya kita menemui nilai kemanusiaan yang sangat universal kerana kita merasakan secara langsung pengalaman watak-wataknya.

Comments
kamu seorang yang suka membaca ya!? alhamdulillah, masih ada perintis...tahniah.
banyak sungguh buku2 dari bahasa bukan Melayu. tambahkan ilmu.
Terima kasih atas entri ini, baru saya tahu pasal Chekhov. Saya mau dapat segera buku itu. Di mana ya kamu beli?