Dostoevsky


Saya sedang membaca The Karamazov Brothers oleh Fyodor Dostoevsky. Novel ini baru sahaja dibeli. Saya tidaklah meminati gaya penulisannya sewaktu membaca Crime and Punishment sebelum ini. Penulis-penulis lain seperti Anton Chekhov dan Vladimir Nabokov yang tidak menyukai novel Dostoevsky menuduhnya sebagai penulis yang tidak ada style dan menceritakan sesuatu secara langsung. Dostoevsky memang bukan seorang penulis realisme moden seperti Tolstoy atau penulis yang mementingkan style seperti Flaubert apatah lagi Nabokov. Dia ialah seorang dramatis. Novel-novelnya itu ialah seperti pementasan drama dan pelakon-pelakonnya ialah watak yang gila, komik, dan absurd. Tragik komedi ialah senjata Dostoevsky bagi menyampaikan retorik dan kredo seninya. Gogol, Shakespeare, dan Cervantes ialah hantu-hantu yang menghantui penulisan Dostoevsky. Dalam dunia Chekhov, kita akan selalu menemui Hamlet. Dalam dunia Dostoevsky, kita akan selalu menemui Macbeth. Namun, kedua-dua orang mereka ialah manusia yang mampu membangkitkan nilai kemanusiaan dalam diri kita.

D. H. Lawrence sendiri pernah menyebut, “No matter how much of a shabby animal you may be, you can learn from Dostoevsky and Chekhov etc., how to have the most tender, uinque, and coruscating soul on earth.”

Comments

fadzil yusof said…
salam,

tahniah kerana selalu membaca dan mencatat yang penting di sini. Saya percaya banyak manafaatnya pada tulisan-tulisan di sini. Saya snediri selalu datang.
Wan Nor Azriq said…
terima kasih kerana selalu datang melawat ke blog ini :)
wahyudi my said…
Blog kamu byk menolong saya memilih bahan bacaan.terima kasih.
:-)
Wan Nor Azriq said…
saya berbesar hati atas kunjungan anda :)

Popular Posts